Sebut sahaja Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, mesti ramai yang teringat akan Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal. Tuan Ezanee memang dikenali dengan sikap prihatin dan mesra rakyat dan kini sudah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor.
Sebelum ini, kisah-kisah Tuan Ezanee menjaalankan tanggujawab dan amanah beliau sebagai seorang anggota polis mahupun sebagai manusia sering menjadi tumpuan warga media.
Sudah berbulan tidak dengar berita di media, seorang netizen berkongsikan perkembangan Tuan Ezanee di mana beliau dilihat sedang menyumbangkan bantuan barangan asas buat penduduk yang tidak berkemampuan di suatu kawasan perumahan.
Menurut seorang lelaki yang dikenali sebagai Syahril A. Kadir tersebut, dia terkejut tatkala mendapat perkhabaran itu menerusi grup WhatsApp kejiranannya.
Tambahan lagi, setelah sekian lama tidak mendengar khabar Tuan Ezanee di media sosial.
Namun apa yang lebih mengejutkan adalah, sewaktu misi bantuan itu berlangsung tiada 1 pun kelibat pihak media yang dipanggil untuk menyaksikan dan merekodkan majlis tersebut. Wah!
Dalam pada itu, Syahril meluahkan rasa kagum terhadap Tuan Ezanee kerana sanggup ‘turun padang’ membantu golongan susah walaupun beliau merupakan seorang anggota polis berpangkat tinggi.
Bukan itu sahaja, Tuan Ezanee juga sempat meninggalkan komen pada ‘posting’ Syahril menasihati masyarakat agar sentiasa melakukan kebaikan dalam hidup ini. Di bawah ini adalah komen yang ditinggalkan Tuan Ezanee.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji keperibadian mulia Ketua Polis Daerah Petaling Jaya terbabit. Malah, ada juga yang mendoakan agar beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara suatu hari nanti.
Semoga insan seperti Tuan Ezanee sentiasa berada dalam rahmatNya. Antara Idola terbaik buat masyarakat!
Kredit: Syahril A Kadir