“Pelik Ebit Lew, Bersamamu Kongsi Bantu Orang Susah, Orang Terima, Saya Dikecam Pula” – Alha Alfa Dikecam Kerana ‘INI’

Pengasas kosmetik dan makeup artist terkenal, Datuk Alha Alfa mengagihkan bantuan kepada peniaga kecil di tepi jalan dan orang kelainan upaya (OKU). Namun, tindakannya memuat naik videonya memberikan bantuan mendapat kritikan daripada segelintir orang yang kurang senang.“Pelik Ebit Lew, Bersamamu Kongsikan, Orang Terima Tapi Saya Dikecam..” - Alha Alfa Dikecam Kerana 'INI'

Menyedari perkara itu, Alha menjelaskan tujuan dia memuat naik video tersebut bukan semata-mata sebaliknya memberi kesedaran kepada orang ramai.

“Saya ada nampak beberapa artis yang muat naik status mengatakan jangan jadikan orang dalam kesusahan sebagai content di laman sosial.

Netizen kurang senang dengan tindakan Alha berkongsi video menghulurkan bantuan kepada OKU.

“Pelik Ebit Lew, Bersamamu Kongsikan, Orang Terima Tapi Saya Dikecam..” - Alha Alfa Dikecam Kerana 'INI'

“Ada juga netizen yang komen larang saya kongsi content sebegitu. Tapi niat saya kongsi bukan nak viral atau mengaibkan orang susah. Ia sekadar perkongsian biasa yang saya buat hari-hari.

“Secara tidak langsung, apa yang saya kongsikan itu memberi kesedaran kepada orang lain untuk turut bantu sesiapa yang memerlukan bantuan,” kata Alha

Sebelum ini, Alfa memuat naik paparan skrin salah satu komen netizen yang memintanya untuk tidak merakam aksi memberi bantuan tersebut di laman sosial.

Biarpun berniat baik, namun tindakan Alha yang memaparkan wajah OKU itu hanya membuka aib dan memalukan keluarga individu itu.

Alha akan terus memberi bantuan kepada golongan susah.

“Pelik Ebit Lew, Bersamamu Kongsikan, Orang Terima Tapi Saya Dikecam..” - Alha Alfa Dikecam Kerana 'INI'

Walaupun begitu, kecaman dan kritikan yang diterima tidak akan mematahkan semangat Alha untuk terus menghulurkan bantuan kepada golongan susah.

“Saya pelik juga, bila ustaz Ebit Lew kongsi dia tolong orang… ada program TV seperti Bersamamu bantu golongan susah itu boleh pula orang terima. Tapi bila saya kongsi, kena kecam pula.

“Saya kongsi itu pun untuk menarik ramai lagi orang untuk bantu golongan susah. Kalau saya buat senyap-senyap, kata saya tak pernah hulur bantuan pula. Nanti kata dah kaya… tayang kereta dan rumah tapi tak nak bantu orang,” ujarnya.

Kredit:mStar

Facebook Comments Box

Leave a Reply