Dua Hari Tak Makan Nasi, Anak-anak Dilihat Sudah Terbaring Kelaparan

Dengar rakaman siaran radio Suria FM, hampir nak mengalir air mata mendengar luahan seorang pemanggil yang menceritakan kesusahan dan keperitan hidup salah satu keluarga yang menerima bantuan selepas mendirikan bendera putih.Dua Hari Tak Makan Nasi, Anak-anak Dilihat Sudah Terbaring Kelaparan

Kehabisan makanan, angkat bendera putih

Menerusi perkongsian dari Twitter @bauk_selat, kedengaran luahan pemanggil radio yang menceritakan kisah sebuah keluarga di Kuala Kangsar yang telah kehabisan makanan.

Dalam tangis, pemanggil itu memaklumkan yang ketika dia sampai, anak-anak pemohon bantuan itu sudah terbaring tidak berdaya kerana 2 hari tidak menjamah makanan.

Mereka dah terbaring tidak bermaya
Sebak dengan situasi itu, pemanggil radio berkenaan terus bergegas membeli makanan segera dan menyuruh mereka untuk makan bagi mengembalikan semula tenaga yang sudah hilang.

Suasana konti juga menjadi hening dan penyampai radio sendiri mengakui sebak serta tergamam mendengar cerita tersebut. Anda boleh dengar sendiri luahan pemanggil ini dalam video di bawah:

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suria Malaysia (@suriamalaysia)

Semua orang tengah susah rupanya

Suria FM juga turut memuat naik kembali video rakaman tersebut di Instagram dan menerima pelbagai maklum balas daripada warganet.

Rata-rata menzahirkan rasa sedih mendengar kisah berkenaan kerana memahami kondisi yang begitu sulit sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berjalan ini.

Dua Hari Tak Makan Nasi, Anak-anak Dilihat Sudah Terbaring Kelaparan

Ada yang terputus hubungan komunikasi

Selain itu, pemanggil juga memaklumkan yang sesetengah rakyat Malaysia bukan hanya terputus bekalan makanan, tetapi turut terputus hubungan memandangkan data internet dan juga kredit untuk membuat panggilan sudah habis digunakan bagi tujuan Pembelajaran dan Pengajaran Dari Rumah (PdPR).

Jadi, dia berharap agar semua jiran memainkan peranan serta peka andai jiran tetangga kita berada dalam keadaan susah ketika ini.

Sumber: OMM,  SuriaFM

 

Facebook Comments Box

Leave a Reply