Penemuan Fosil Lipan Gergasi Purba Sebesar Lebih 2.5 Meter Di Northumberland, Dipercayai Hidup Pada 326 Juta Tahun Dahulu

Baru-baru ini, sebuah fosil bersaiz gergasi telah ditemui di Pantai Howick di Northumberland yang terletak 64 kilometer dari Newcastle.Penemuan Fosil Lipan Gergasi Purba Sebesar Lebih 2.5 Meter Di Northumberland, Dipercayai Hidup Pada 326 Juta Tahun Dahulu

Fosil tersebut direkodkan sebagai penemuan haiwan invertebrata terbesar sepanjang zaman iaitu lipan gergasi (Arthropleura) yang sebesar 2.5 meter diukur dari kepala ke kaki.

Menurut Neil Davies yang merupakan pakar Sedimentologi, Universiti Cambridge, penemuan fosil kaki gergasi seperti itu sebenarnya sangat jarang berlaku kerana sebaik sahaja haiwan itu mati, badannya hancur dan tidak dapat dilihat dengan jelas.

Tambahnya lagi, setakat ini, mereka masih belum menemui kepala fosil tersebut.

Penemuan Fosil Lipan Gergasi Purba Sebesar Lebih 2.5 Meter Di Northumberland, Dipercayai Hidup Pada 326 Juta Tahun Dahulu
Gambar Hiasan

“Kami belum menemukan kepala fosil. Jadi, adalah sukar untuk mengetahui segala-galanya tentang lipan tersebut,” ujar Neil Davies.

Fosil lipan gergasi atau Arthropleura itu ditemui pertama kali pada Januari 2018, selepas bongkah batu pasir jatuh dari tebing di Teluk Howick ke kawasan pantai. Spesimen itu juga hanya kali ketiga yang pernah ditemui dan rekod sebelum ini digali di negara Jerman.Penemuan Fosil Lipan Gergasi Purba Sebesar Lebih 2.5 Meter Di Northumberland, Dipercayai Hidup Pada 326 Juta Tahun Dahulu

Menurut Neil Davies, penemuan itu adalah satu kebetulan yang kerana cara batu itu terjatuh dan retak telah mendedahkan fosil itu dalam keadaan yang kelihatan sempurna.

Ia adalah penemuan yang ditemui secara kebetulan, batu pasir yang jatuh itu telah retak terbuka dan mendedahkan fosil dengan sempurna”

Hasil kajian terhadap fosil itu menunjukkan Arthropleura itu dipercayai hidup sekitar 326 juta tahun dahulu di timur laut England yang mempunyai iklim tropika yang berbeza pada zaman ini. Ia juga dipercayai mempunyai sekurangnya 32 kaki hingga 64 kaki.Penemuan Fosil Lipan Gergasi Purba Sebesar Lebih 2.5 Meter Di Northumberland, Dipercayai Hidup Pada 326 Juta Tahun Dahulu

Fosil itu juga akan dipamerkan kepada orang awam di Muzium Sedgwick, Cambridge pada tahun depan.

Sumber: BBC

Facebook Comments Box

Leave a Reply