Dua orang adik beradik, pemilik kedai kopi dan kakaknya yang sedang membuat kerja di kedai mereka di Kranji Singapore hingga larut malam dikejutkan dengan sesuatu hal yang menakutkan.
Dalam kejadian pada 15 Mei 2021 lebih kurang jam 1 pagi itu, kedua-dua mereka terdengar sesuatu bunyi dari tandas yang membuatkan keduanya terkejut. Ini kerana kedai tersebut telahpun ditutup dan sepatutnya tiada orang lain selain mereka berada disitu.
Keduanya kemudian menyangkakan ada pencuri yang masuk dan membuat keputusan untuk memeriksa bunyi tersebut yang berasal dari tandas.
Sampai di tandas, keduanya terperanjat besar apabila mendapati bunyi itu bukan dari pencuri tetapi seekor ular sawa besar yang sepanjang lebih kurang 5 meter!
Saat melihat ular tersebut, kedua-dua adik beradik itu bukan sahaja terkejut tetapi juga bingung memikirkan apa tindakan yang perlu dilakukan.
Tidak dapat dipastikan macam mana haiwan menggerunkan itu boleh masuk ke tandas, sama ada melalui sistem kumbahan mahupun melalui celah tingkap yang terbuka ataupun dari mana-mana jalan lain.
Menurut pemilik kedai, kakaknya sempat merakam video ular tersebut dan memuatnaiknya ke akaun facebook. Beberapa pengguna di media sosial memberikan komen agar meminta pertolongan dari ACRES, iaitu ‘Animal Concerns Research and Education Society‘.
Walaubagaimanapun, sebelum mereka sempat berbuat apa-apa dan meminta pertolongan daripada sesiapa, ular sawa tersebut telah menghilangkan diri dengan masuk ke lubang tandas.
VIDEO:
Jika anda terserempak atau terjumpa dengan mana-mana haiwan-haiwan berbahaya seperti ular, anda dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan membabi buta, tapi segera mendapatkan pertolongan daripada pihak berkuasa.
Kredit: Newsweek