Bengang Suami Enggan Bersihkan Akuarium, Isteri Goreng Ikan Arowana

Semua kita sedia maklum apabila kita mempunyai haiwan peliharaan, selain daripada memberi makanan dan kasih sayang, kita juga bertanggungjawab untuk menjaga tempat tinggal mereka agar sentiasa bersih dan tidak kotor.Kesal Suami Tak Mahu Bersihkan Akuarium, Isteri Goreng Ikan Arowana - arenagempak.com

Contohnya kalau pelihara kucing, kita mesti sentiasa memastikan rumah kita bersih dan menjaga tempat kucing-kucing ini untuk membuang air besar atau air kecil.

Begitu juga jika kita memelihara ikan dalam akuarium di rumah, jika air sudah keruh kotor, maka kita mesti membersihkannya akuarium tersebut.

Melalui satu perkongsian dari seorang wanita berstatus isteri di aplikasi TikTok, pada mulanya dia telah meminta suaminya untuk membersihkan akuarium berisi ikan-ikan Arowana peliharaan suaminya. Namun permintaannya tidak dipedulikan oleh suaminya meskipun akuarium itu memang betul-betul sudah terlalu kotor.

Oleh kerana bengang dan geram dengan sikap suaminya, wanita ini pun akhirnya memubat keputusan untuk membersihkan sendiri akuarium tersebut.

Kesal Suami Tak Mahu Bersihkan Akuarium, Isteri Goreng Ikan Arowana - arenagempak.com

Walaubagaimanapun, mungkin kerana cara dia membersihkan akuarium itu tidak berapa betul, maka ikan-ikan Arowana di dalamnya telah menjadi ‘mabuk’

“Gara-gara suruh suami bersihkan akuarium yang hanya tinggal janji, saya pun membersihkannya sendiri. Tetapi ikannya menjadi mabuk,” wanita itu menjelaskan dalam status pada foto ikan berkenaan.

Oleh kerana tak tahu nak buat apa, wanita ini kemudiannya mengambil ikan-ikan tersebut dan menggorengnya. Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan macam mana reaksi suaminya bila dapat tahu kesayangannya telah digoreng dan dimakan.Kesal Suami Tak Mahu Bersihkan Akuarium, Isteri Goreng Ikan Arowana - arenagempak.com

“Perutnya (suami) terkejut kerana makan ikan mahal,” tulis seorang pengguna. “Terus dicampak isterinya ke dalam kolam,” tulis seorang lain pengkomen.

Facebook Comments Box

Leave a Reply