Menipu Dah Kahwin Di Thailand

Kulim: Helah seorang lelaki kononnya sudah berkahwin dengan pasangannya di Thailand tidak menjadi apabila pemeriksaan mendapati mereka masih berstatus isteri dan suami orang.arenagempak.com - Menipu Dah Kahwin Di Thailand

Lelaki berusia 29 tahun itu memberi alasan itu kepada anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) ketika dicekup berkhalwat di sebuah rumah di Taman Sungai Kob, Karangan di sini hari ini.

Pegawai Penguatkuasa Agama Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saat berkata, pasangan itu dicekup pada 4.40 pagi tadi berdasarkan maklumat awam.

Menurutnya, selepas pintu diketuk, seorang wanita membukanya manakala lelaki itu berada di ruang dapur rumah berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, ketika itu hanya mereka berdua dalam bilik berkenaan dan timbul syak berlakunya maksiat di rumah berkenaan.

“Ketika disoal, mereka pada mulanya mengaku pasangan suami isteri dan bernikah di Thailand namun gagal menunjukkan sebarang dokumen pernikahan malah siasatan mendapati masing-masing sudah berkahwin,” katanya.

arenagempak.com - Menipu Dah Kahwin Di Thailand

Anwar Sharifudin berkata, lelaki itu memberitahu, isterinya pulang ke kampung dan sedang mengandung anak kedua manakala wanita berusia 37 tahun itu yang mempunyai dua anak kini dalam proses bercerai dengan suaminya.

“Berikutan itu mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat dan dibawa ke Balai Polis Sungai Kob untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box

Leave a Reply