Seorang remaja berusia 15 tahun dilaporkan telah meninggal dunia akibat dipanah kilat ketika mendengar lagu melalui telefon bimbitnya, lapor Liputan 6.
Kejadian yang berlaku di Dusun Kuyukan Desa Limbangan, Kecamatan Kutasari, Kabupaten Purbalingga itu juga menyaksikan hujan turun dengan lebat.
Mangsa yang berada di dalam bilik bersama rakannya membuka lagu di telefonnya.
Ketika alunan muzik tersebut masih lagi berkumandangan, tiba-tiba petir menyambar dengan bunyi guruh yang kuat. Serentak dengan cahaya kilat yang terang.
“Pada waktu itu, saksi dan mangsa sedang mendengar muzik di telefon bimbit mereka. Tiba-tiba mereka terdengar bunyi guruh yang menyebabkan saksi dan mangsa serta telefon bimbit mereka terpelanting,” kata Ketua Polis Kutasari , AKP Agus Amjat Purnomo.
Selepas disambar kilat, mangsa sesak nafas manakala saksi hanya baik-baik sahaja.
Dalam keadaan tersebut, mangsa sempat menangis dan memeluk saksi yang dalam keadaan bingung dan panik. Dia menjerit meminta tolong sehingga ibu bapa mangsa datang masuk ke bilik.
Mereka kemudian membawa mangsa ke Puskesmas Padamara namun kerana keadannya yang kritikal, dia dirujuk ke Hospital Siaga Medika Purbalingga.
“Saat diperiksa di hospital, mangsa sudah disahkan meninggal dunia,” kata Agus.