Menakutkan! Kipas Siling Yang Sedang Berpusing Jatuh Betul-betul Atas Kepala

Kipas merupakan satu keperluan yang boleh dikatakan mesti ada dalam setiap rumah. Di negara kita ni, tidak semua rumah yang memasang penghawa dingin tetapi hampir kesemua rumah mesti ada kipas bukan?arenagempak.com - Menakutkan! Kipas Siling Yang Sedang Berpusing Jatuh Betul-betul Atas Kepala

Kes kipas siling jatuh bukanlah perkara baru tetapi sudah pernah berlaku sama ada disebabkan kipas sudah uzur, skru longgar mahupun disebabkan pemasangan yang tidak sempurna. Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan seorang pemuda berdepan detik cemas apabila kipas siling jatuh betul-betul diatasnya.

Pemuda yang bernama Muhammad Nur Azeem berkata insiden tersebut berlaku pada petang Sabtu lalu.

“Masa tu saya baru lepas solat Zohor. Lepas tu saya nak reply WhatsApp tapi saya tergerak hati nak koyak sticker kecil pada lantai yang saya nampak semasa menyapu.

 

“Jadi saya pun tunduk. Dalam satu saat lepas tu tiba-tiba ‘poom’ ada benda jatuh. Terkejut saya masa tu,”

arenagempak.com - Menakutkan! Kipas Siling Yang Sedang Berpusing Jatuh Betul-betul Atas Kepala

Video insiden itu menjadi tular di Twitter. Muhammad Nur Azeem bagaimanapun bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan yang tidak diingini berlaku kepadanya meskipun mengakui bilah kipas ada terkena pada tubuhnya.

“Saya memang bersyukur sangat-sangat. Alhamdulillah Allah tolong saya… Alhamdulillah. “Tapi bilah kipas tu kena belakang saya. Semua OK tak ada apa-apa cuma baju saya je yang kotor sedikit,” katanya.

 

Jelasnya lagi, kipas itu dalam keadaan elok sebelum terjatuh secara tiba-tiba. Saya pun tunduk. Dalam satu saat lepas tu tiba-tiba ‘poom’ ada benda jatuh. Terkejut saya masa tu.

“Benda tu berlaku secara spontan. Kipas tu baru je setahun guna. Tak ada bunyi ke apa, saya tengok normal je. Saya rasa mungkin dulu kipas tu dipasang cara salah sebab masa kipas tu jatuh memang pelik. Roda di atas tapi (bilah) kipas dah jatuh”

arenagempak.com - Menakutkan! Kipas Siling Yang Sedang Berpusing Jatuh Betul-betul Atas Kepala

 

Sejak insiden itu, Muhammad Nur Azeem atau lebih mesra disapa Azeem berkata dia masih lagi trauma dan tidak berani menggunakan kipas siling dengan kelajuan maksimum. Hal ini kerana dia pernah menyakisikan depan matanya kipas jatuh terkena rakannya semasa mereka masih bersekolah dulu.

“Masa kipas tu jatuh kelajuan volume 5 sebab panas. Memang hari-hari guna kelajuan tu sebab sekarang musim panas. Tapi sekarang walaupun dah tukar baru saya tak berani dah. Saya buka volume 2 je.

“Saya pernah tengok insiden bilah kipas terkena kepala kawan saya waktu sekolah rendah. Memang banyak darah mengalir. Saya tak dapat bayangkan kalau jadi pada saya. Memang bahaya betul, nasib baiklah selamat,” katanya.

VIDEO:

“Kun fayakun, Allhuakbar! Nasib baik kawan abang aku tunduk ambil sticker. Ya Allah” Status dalam video yang dikongsikan @nrtniax dalam akaun twitternya yang sehingga kini mencecah 800,000 lebih tontonan. Video tersebut mendapat perhatian warga media sosial dan ramai memberikan pendapat mereka. [teamnetizen.com]

Sharif Muda:
Allah masih panjangkan umur abang ni.

Jejaricantikmenaip:
Benda ni lah paling takut sekali ya Allah. Kadang-kadang rasa tak nak ada kipas siling. Syukur Allah masih melindungi

Chanatip:
Mintak saya dilindungi jugak seperti brader dalam video ni.

dnaftha:
aku selalu terbayang kalau kipas ni jatuh time aku tidur. ya Allah scary nyaaa

Syah Zainal:
benda ni la yang aku selalu imagine masa budak budak dulu. silap silap boleh trauma weh

Buat anda yang ada kipas siling di rumah tu, mohon buat pemeriksaan dan lakukan penyelenggaraan jika tak pernah buat. Kalau tak pandai buat sendiri, boleh upah orang untuk buatkan untuk anda. – TEAM NETIZEN

 

Facebook Comments Box

Leave a Reply