Mercedes Dihentam Viva Sampai Terangkat, Keluar Budak Perempuan Berlagak Samseng Menepuk Bonet

Mercedes Dihentam Viva Sampai Terangkat, Keluar Budak Perempuan Berlagak Samseng Menepuk Bonet. BIADAB! Begitulah gambaran terhadap seorang pemandu yang dilihat tidak sabar untuk menukar lorong sehingga sanggup melanggar kereta lain dalam keadaan lebuh raya sesak.arenagempak.com - Mercedes Dihentam Viva Sampai Terangkat, Keluar Budak Perempuan Berlagak Samseng Menepuk Bonet

Menerusi dua klip video yang kini tular di media sosial, salah satu rakaman tersebut dipercayai dibuat oleh seorang penumpang sebuah bas.

Pemandu kereta Perodua Viva warna putih itu dilihat cuba menukar lorong ke laluan paling kanan tanpa memberikan lampu isyarat.

Klip video pertama itu menunjukkan kereta Viva putih itu berkali-kali ‘menghimpit’ sehingga akhirnya bergesel dengan sebuah kereta Mercedes-Benz warna hitam.

arenagempak.com - Mercedes Dihentam Viva Sampai Terangkat, Keluar Budak Perempuan Berlagak Samseng Menepuk Bonet

Sebuah kereta Viva putih menukar lorong tanpa lampu isyarat sehingga melanggar sebuah kereta Mercedes-Benz.

Perlanggaran itu mengakibatkan kedua-dua tayar kiri depan dan belakang kereta Mercedes terangkat, nyaris merempuh pembahagi jalan.

Bagaikan tidak mahu mengalah, pemandu kereta Viva berkenaan terus memotong dan melencong ke hadapan bagi menghalang laluan kereta Mercedes itu. Berdasarkan pemerhatian pada video tersebut, terdapat kesan remuk pada bahagian kiri kereta Mercedes akibat perlanggaran yang berlaku.

Keadaan semakin parah apabila kedua-dua kereta dilihat berhenti di lorong paling kiri lebuh raya.

arenagempak.com - Mercedes Dihentam Viva Sampai Terangkat, Keluar Budak Perempuan Berlagak Samseng Menepuk Bonet

Perlanggaran mengakibatkan kedua-dua tayar kiri depan dan belakang kereta Mecedes terangkat.

Dalam klip video kedua menunjukkan seorang lelaki, dipercayai pemandu kereta Viva putih berdiri di hadapan kereta Mercedes berkenaan.

Lebih mengejutkan apabila seorang kanak-kanak perempuan yang turut bersama lelaki itu bertindak kasar dengan lagak seperti seorang samseng menepuk bahagian bonet kereta Mercedes berkenaan berulang kali.

arenagempak.com - Mercedes Dihentam Viva Sampai Terangkat, Keluar Budak Perempuan Berlagak Samseng Menepuk Bonet

Lelaki berbaju hijau itu dilihat seolah-olah memegang sesuatu, sebelum rakaman beralih kepada dua penumpang lain keluar daripada kereta Viva.

Dua klip video tersebut yang dimuatnaik di halaman Facebook We Are Malaysians, sehingga kini dikongsi lebih 1,800 kali dan membangkitkan kemarahan netizen.

arenagempak.com - Mercedes Dihentam Viva Sampai Terangkat, Keluar Budak Perempuan Berlagak Samseng Menepuk Bonet

Lelaki berbaju hijau ini dipercayai pemandu kereta Viva putih.

Bagaimanapun tidak dijelaskan bila dan di mana insiden berlaku.

“Dah ajar anak kurang ajar. Dah tahu salah lorong salahkan orang lain,” tulis netizen.

“Amboi budak perempuan tu macam gangster walhal bapa dia yang memandu tak betul. Main celah signal pun tak ada bagi nak masuk line,” komen seorang pemuda.

“Wow kenapa sangat serius sampai anak pun pukul kereta?” persoal yang lain.

VIDEO:

??????

Dikirim oleh 我们是马来西亚人 We are Malaysians pada Sabtu, 28 Desember 2019

Sumber: mStar Online

Facebook Comments Box

Leave a Reply