Lelaki Takut Separuh Mati Menemui Lipan Gergasi Hidup Dalam Apartment Yang Didiaminya

Sebut saja lipan, mesti ramai yang terbayangkan seekor haiwan yang berkaki banyak hingga beratus kaki yang suka merayap di lantai dan celah-celah dinding. Ramai antara kita yang takut dan geli dengan lipan, namun di Malaysia ini biasanya kita akan jumpa lipan yang bersaiz kecil sahaja.Lelaki Takut Separuh Mati Menemui Lipan Gergasi Hidup Dalam Apartment Yang Didiaminya

Namun berbeza dengan pengalaman yang dialami oleh seorang lelaki ini. Seorang lelaki sudah takut separuh mati kerana terkejut melihat seekor lipan gergasi di apartment yang didiaminya di negara Jepun.

Lipan yang ditemui oleh lelaki ini di apartmentnya dikatakan amat besar dan sepanjang lebih kurang 60cm.

“Saya jumpa lipan ini dalam apartment saya di Jepun. Ia sangat laju!” – ujar lelaki berkenaan.

Mungkin ada diantara anda yang rasa lipan itu hanya sekadar ‘patung’ atau sesuatu buatan manusia, tetapi sebenarnya lipan itu memang betul-betul wujud dan boleh bergerak dengan laju iaitu sekurangnya 0.4m per saat.Lelaki Takut Separuh Mati Menemui Lipan Gergasi Hidup Dalam Apartment Yang Didiaminya

 

Rata-rata netizen terkejut melihat lipan bersaiz gergasi itu hinggakan ada yang berseloroh memberitahu mereka sanggup membakar rumah untuk menyingkirkan lipan tersebut dalam rumah.

Apa Spesies Lipan itu?

Lipan bersaiz gergasi ini dikenali sebagai Gejigeji di Jepun atau nama saintifiknya House centipede (Scutigera coleoptrata). Meskipun mempunyai rupa yang menggerunkan tetapi sebenarnya lipan Gejigeji ini tidak berbahaya kepada manusia.

Malah ada juga yang netizen yang memberitahu lipan Gejigeji ini merupakan haiwan peliharaan yang bagus. Ini kerana jika lipan ini dibiarkan di rumah, ia boleh membantu menghalau dan menghapuskan haiwan serangga macam labah-labah, anai-anai dan lipas di dalam rumah.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *