Wanita Terperanjat, Takut Setengah Mati Apabila Menemui Labah-labah Gergasi Merayap Atas Dinding Biliknya

Seorang wanita terperanjat, takut separuh mati apabila melihat seekor labah-labah besar berada dalam biliknya.Wanita Terperanjat, Takut Setengah Mati Apabila Menemui Labah-labah Gergasi Merayap Atas Dinding Biliknya

Dalam video yang tular, pengguna media sosial dikejutkan dengan seekor labah-labah gergasi merayap di penjuru atas dinding dama sebuah bilik.

Rata-rata netizen terkejut dan gerun dengan saiz dan rupa labah-labah tersebut yang dikatakan mereka sangat menakutkan. Labah-labah itu mempunyai kaki yang panjang dan berbulu. Labah-labah itu juga kelihatan jauh lebih besar daripada mana-mana spesies labah-labah biasa yang biasa dilihat.Wanita Terperanjat, Takut Setengah Mati Apabila Menemui Labah-labah Gergasi Merayap Atas Dinding Biliknya

Kejadian itu dilaporkan berlaku dalam sebuah bilik yang digunakan oleh seorang wanita di Tobago dekat kepulauan Caribbean.

“Kau perlu keluar semula dari tingkap, atau kau akan terperangkap di dalam semula!”- ujar seorang wanita dalam video tersebut.

Diruangan komen, seorang pengguna berseloroh mengatakan dia lebih rela pindah rumah atau membakar rumah untuk menghalau labah-labah gergasi itu.

Wanita Terperanjat, Takut Setengah Mati Apabila Menemui Labah-labah Gergasi Merayap Atas Dinding Biliknya

Di ruangan komen, terdapat seorang pengguna yang memberitahu spesis labah-labah gergasi itu ialah Psalmopoeus cambridgei (Trinidad chevron tarantula). Menurutnya lagi, labah-labah ini memang bersaiz besar dan biasa muncul pada musim hujan.

VIDEO:

Labah-labah Psalmopoeus cambridgei (Trinidad chevron tarantula) ini dikatakan bukan spesis yang jinak dan juga disebabkan tidak mempunyai racun yang kuat, labah-labah ini sama ada akan menggigit atau melarikan diri untuk mempertahankan dirinya.

Sebelum ini seorang lelaki yang dikenali sebagi Gil Wizen telah menemui labah-labah gergasi dan mengambil gambar yang kemudian membolehkannya memenangi anugerah Photographer of the Year.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *