Penumpang Wanita Tertinggal Beg Plastik Hitam, Pemandu Menggigil Menyedari Duit RM23,500 Lebih Di Dalamnya

Pada masa sekarang ini, perkhidmatan pengangkutan menggunakan aplikasi seperti Grab semakin popular dan digemari ramai orang untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Baru-baru ini tular mengenai kisah seorang pemandu ojek online di Indonesia.Penumpang Wanita Tertinggal Beg Plastik Hitam, Pemandu Menggigil Menyedari Duit Lebih RM23 Di Dalamnya

Kisah ini diceritakan oleh seorang pemandu ojek online yang dikenali sebagai Tama itu mendapat seorang pelanggan wanita yang kelihatan tergesa-gesa mengejar masa. Sebelum bergerak, penumpang wanita itu meminta untuk meletakkan satu barang di dalam bagasi motosikalnya. Tama bagaimanapun tidak bertanyakan apa barang tersebut kerana dirasakannya tidak sopan.

Penumpang wanita itu berdiam diri sepanjang perjalanan hingga sampai ke sebuah rumah sakit di Bandar Lampung. Dia kemudian memberikan duit dan helmet dan terus segera beredar masuk ke rumah sakit berkenaan.

Tama kemudian beredar dan menunggu pesanan masuk di tempat berhampiran. Selepas hampir 30 minit kemudian, dia pun memasukkan helmet yang dipakai penumpang wanita tadi ke dalam bagasi motosikalnya.Penumpang Wanita Tertinggal Beg Plastik Hitam, Pemandu Menggigil Menyedari Duit Lebih RM23 Di Dalamnya

Alangkah terkejutnya Tama apabila melihat barang penumpang wanita tadi tertinggal dalam bagasinya dan apabila dibuka isinya berisi duit berjumlah 80 juta rupiah atau lebih kurang RM23,580!

Tama mengaku menggigil seluruh badan apabila melihat duik sebanyak itu yang ditinggalkan oleh penumpangnya. Tama kemudian segera kembali ke rumah sakit untuk mencari wanita yang ditumpangnya tadi tetapi ianya bukan mudah.

Ini kerana penumpang wanita itu membuat pesanan menggunakan akaun orang lain dan lagi teruk tiada nombor telefon yang dipaparkan dalam pesanan. Penumpang Wanita Tertinggal Beg Plastik Hitam, Pemandu Menggigil Menyedari Duit Lebih RM23 Di DalamnyaWalaubagaimanapun, berbekalkan ingatan baju yang dipakai wanita tersebut, akhirnya Tama berjaya menemuinya selepas mencari hampir dua jam.

Wanita itu kemudian berterima kasih kepada Tama dan memberikannya Rp 500 ribu (RM147) sebagai ganjaran, namun Tama hanya mengambil Rp50 ribu (RM14.75) sahaja sahaja sebagai ganti ‘order’ yang boleh diperolehinya dalam masa dua jam.

Facebook Comments Box

Leave a Reply