Leher Tersangkut Di Pagar Ketika Cuba Lari, Lelaki Pencuri Mati Akal Cuba Lepaskan Diri

Seorang lelaki yang juga seorang pencuri mengalami detik yang amat memalukan apabila terperangkap di pagar besi saat cuba melarikan diri. Entah bagaimana lehernya boleh tersangkut di pagar besi dan tidak dapat melepaskan diri.Leher Tersangkut Di Pagar Ketika Cuba Lari, Lelaki Pencuri Mati Akal Cuba Lepaskan Diri

Lelaki itu difahamkan ‘mati akal’ apabila terperangkap pada pagar besi tersebut ketika cuba memanjatnya. Menurut saksi, perkhidmatan kecemasan tiba ke tempat kejadian selepas dua jam pencuri itu tersekat pada pagar tersebut, lapor Daily Mail.

Orang ramai yang tinggal di blok rumah berhampiran melihatnya berusaha keras untuk membebaskan dirinya dan terus menghubungi pihak polis sejurus selepas itu. Semua berasa pelik dan tertanya-tanya bagaimana leher lelaki ini boleh tersangkut di pagar berkenaan.

Para saksi yang berada di tempat kejadian sempat merekodkan keadaan lelaki yang sedang tersangkut itu. Tidak dapat dijelaskan tentang bagaimana dia boleh tersangkut dengan cara yang agak pelik itu.

Dalam banyak-banyak orang yang boleh membantunya untuk melepaskan diri, polis juga yang akhirnya berjaya melepaskannya daripada pagar tersebut dengan menggunakan pemotong besi.

Leher Tersangkut Di Pagar Ketika Cuba Lari, Lelaki Pencuri Mati Akal Cuba Lepaskan Diri

Seorang pegawai polis dilihat membawanya turun daripada bumbung rumah yang dia rancang untuk melakukan pencurian dan seterusnya menggarinya.

Lelaki itu kemudiannya diiring oleh seorang pegawai polis ke kereta untuk dibawanya terus ke balai polis tempatan.

Mungkin inilah balasan dia kerana cuba mencuri. Moga lelaki ini berubah dan insaf diatas perbuatannya.

 

Facebook Comments Box

Leave a Reply