Bakal Kahwin Tiga Bulan Lagi, Wanita Sedih Dapat Tahu Bakal Suami Bernikah Dengan Wanita Lain. Setiap pasangan yang sedang dilamun cinta pastinya mahu hubungan tersebut diteruskan hingga ke jinjang pelamin.
Namun, jodoh dan ketentuan itu merupakan rhsia Allah S.W.T. Tiada siapa dapat menduga, hari bahagia yang dinantikan rupanya satu momen yang sangat menyedihkan serta memaIukan.
Hal ini samalah seperti yang dihadapi oleh seorang wanita dari Indonesia apabila bakal suaminya yang akan dinikahi kurang dari tiga bulan rupanya sudah berumah tangga dengan wanita lain.
Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, pengguna akaun dikenali sebagai @dewi_ssartika telah memuat naik video dia membakar barang hantaran dan doorgift yang sepatutnya digunakan pada majlis perkahwinannya nanti.
Hilang kawalan diri dan bakar semua barang hantaran dan doorgift..
Ketika ditanya mengapa membakar semua barangan tersebut, gadis itu memaklumkan dia hiIang kawalan diri kerana berasa begitu marah dan sedih apabila mengetahui barang hantaran pihak lelaki yang sepatutnya digunakan pada hari perkahwinan mereka digunakan untuk bernikah dengan wanita lain.
Apa yang menyedihkan lagi, sebelum lelaki tersebut bernikah dengan wanita itu, dia hanya memberitahu akan menghadiri kursus selama tiga bulan, namun tanpa disngka @dewi_ssartika mendapat khabar melalui jirannya bahawa tunangnya sudahpun mendirikan rumah tangga dengan orang lain.
VIDEO 1:
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang telah meninggalkan kata-kata semangat buat pengguna TlkTok tersebut.
VIDEO 2:
Ada juga sebahagian yang memintanya supaya redha dan bersyukur kerana dijauhkan daripada lelaki yang menyakitkan hati seperti itu sebelum berumah tangga.
DIharapkan wanita ini cepat-cepat move on dan semoga berjumpa jodoh dengan pasangan yang lebih baik di kemudian hari.
Sumber: @dewi_ssartika