Lubang Raksasa Tiba-tiba Muncul Di Turki, Wujud Sejak 15 Tahun Lalu

Kewujudan satu lubang robohan (sinkhole) besar yang mampu memuatkan bas di Turki akibat membimbangkan golongan petani kerana kedudukannya yang terletak berhampiran kediaman mereka.Lubang Raksasa Tiba-tiba Muncul Di Turki, Wujud Sejak 15 Tahun Lalu

Petani, Tahsin Gundogdu berkata, keadaan itu menunjukkan keadaan kemarau yang semakin teruk.

Lelaki yang berusia 57 tahun itu memberitahu dia menyedari kewujudan lubang berkenaan sejak 10 hingga 15 tahun lalu.

“Ia mungkin berlaku kerana penggunaan air bawah tanah yang berlebihan untuk pengairan.

“Sangat dalam dan lubang itu muncul ketika gua bawah tanah kering dan tidak lagi dapat menampung berat lapisan tanah di atasnya,” katanya.

Kemarau itu membuatkan petani terkesan dan mereka cuba untuk mendapatkan air dengan kaedah lain tetapi kosnya lebih mahal hingga pendapatan mereka.

Kebergantungam berterusan terhadap air bawah tanah mungkin akan menjadikan masalah ini semakin teruk.

Lubang Raksasa Tiba-tiba Muncul Di Turki, Wujud Sejak 15 Tahun Lalu

Profesor Fetullah Arik selaku Ketua Pusat Penyelidikan Lubang Robohan darimenganggarkan ada kira-kira 600 lubang robohan di dataran Konya.

Jumlah itu dua kali ganda daripada rekod sebelum ini iaitu 350.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box

Leave a Reply