Wanita Terpaksa Cukur Misai Dan Janggut Dua Minggu Sekali Agar Tak Kelihatan Seperti Lelaki

Seorang wanita mempunyai masalah hormon testosteron yang tinggi hingga menyebabkan wajahnya kelihatan seperti lelaki keran ditumbuhi misai dan janggut.Wanita Terpaksa Cukur Misai Dan Janggut Dua Minggu Sekali Agar Tak Kelihatan Seperti Lelaki

Wanita yang dikenali sebagai Che Halimah Che Mood, 62 memberitahu masalah tersebut membelenggu hidupnya sejak di usia 20an dan dia perlu mencukur janggut dan misainya 2,3 kali seminggu agar tidak kelihatan seperti kaum lelaki.

“Saya bukan lelaki tetapi wanita tulen,” ujarnya.

 

Che Halimah juga pernah dua kali menempuh kegagalan rumah tangga dan tidak mempunyai anak.Wanita Terpaksa Cukur Misai Dan Janggut Dua Minggu Sekali Agar Tak Kelihatan Seperti Lelaki

“Selama berpuluh-puluh tahun saya perlu bercukur agar tidak dipandang aneh oleh orang sekeliling. Namun, kini keadaan semakin teruk apabila saya diserang angin ahmar menyebabkan lumpuh separuh badan sebelah kiri.

Menurutnya, dia diserang angin ahmar sejak lapan tahun yang lalu.

“Saya tidak mempunyai anak untuk menumpang kasih. Nasib baik adik, Mohammad Kamaruddin Abdullah, 42, dan isterinya, Nur Asmira Che Hussin, 36, sanggup menjaga segala makan dan minum saya serta ibu yang sudah tua, Kalsom Mamat, 93.Wanita Terpaksa Cukur Misai Dan Janggut Dua Minggu Sekali Agar Tak Kelihatan Seperti Lelaki

“Malah, misai dan janggut saya ini, Nur Asmira yang selalu bantu mencukur dua atau sekali seminggu agar tidak tumbuh panjang seperti lelaki,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Batu Karang.

Che Halimah dikunjungi wakil Yayasan Raja Shamri (YRS), Tuan Zaimah Raja Omar yang menyampaikan sumbangan kewangan, barangan keperluan, serta lampin pakai buang.

Menurutnya, dia mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan yang mana biasa digunakan untuk membeli keperluan lampin pakai buang dengan kos RM250 sebulan.Wanita Terpaksa Cukur Misai Dan Janggut Dua Minggu Sekali Agar Tak Kelihatan Seperti Lelaki

“Ketika masih sihat dan kuat, saya banyak merantau mencari rezeki termasuk beberapa tahun bekerja di Singapura sebagai tukang masak restoran di sana. Sebolehnya, saya tidak mahu menyusahkan orang sekeliling, tetapi apakan daya saya diuji dengan hanya kini mampu terbaring saja jika tidak dibantu.

VIDEO:

Che Halimah juga mengakui sebelum ini, dia tidak terbuka untuk memberitahu orang lain mengenai masalahnya  kecuali dengan keluarga terdekat kerana ia membuatkan keyakinan dirinya  berkurang.

Kredit: Harian Metro

Facebook Comments Box

Leave a Reply