Lelaki Sorok Mayat Ibunya Untuk Terus Terima Duit Pencen Ibunya Yang Sehingga Kini Berjumlah RM240 Ribu

Seorang lelaki di Austria menyimpan mayat ibunya yang sudah dijadikan mumia di dalam sebuah bilik bawah tanah selama lebih setahun sambil terus menerima wang pencen milik wanita itu, lapor lapor Badan Penyiaran British (BBC) semalam.Lelaki Sorok Mayat Ibunya Untuk Terus Terima Duit Pencen Ibunya Yang Sehingga Kini Berjumlah RM240 Ribu

Lelaki berusia 66 tahun itu meletakkan mayat ibunya yang meninggal dunia secara semula jadi i di dalam sebuah bilik bawah tanah dan menutupi bau mayat menggunakan pek ais selain membalut tubuh wanita itu.

Polis percaya lelaki itu telah menerima wang pencen milik wanita berusia 89 tahun itu yang berjumlah £42,000 (RM240,988) secara haram.

Pihak polis menerusi satu kenyataan berkata, penipuan tersebut terbongkar selepas seorang posmen yang menghantar faedah pencen kepada wanita itu di wilayah Tyrol tidak dibenarkan berjumpa dengannya.

Polis kemudian memberitahu penyiar tempatan, ORF bahawa suspek turut menyembunyikan mayat ibunya menggunakan pasir kucing.Lelaki Sorok Mayat Ibunya Untuk Terus Terima Duit Pencen Ibunya Yang Sehingga Kini Berjumlah RM240 Ribu

“Mayat tersebut kemudiannya menjadi mumia,” demikian kata seorang pegawai polis, Helmuth Gufler.

Gufler kemudian berkata, lelaki tersebut tidak bekerja dan tiada pendapatan. Bayaran pencen ibunya akan terhenti jika dia melaporkan kematian wanita itu.

Suspek turut memberitahu abangnya bahawa ibu mereka sedang menerima rawatan di sebuah hospital dan tidak wajar dilawati kerana wanita itu menghidap nyanyuk dan mungkin tidak akan mengenali anaknya.

Kredit: Kosmo

Facebook Comments Box

Leave a Reply