Wanita Hamil Didatangi ‘Joker’ Untuk Sambut Kelahiran Anaknya

Setiap ibu mengandung pasti akan rasa tak sabar untuk menanti anak yang dikandung sembilan bulan selamat dilahirkan. Seperti ibu mengandung yang lain, wanita ini tidak sangka anaknya akan dilahirkan pada 31 Oktober yang juga merupakan Hari Halloween.arenagempak.com - Wanita Hamil Didatangi ‘Joker’ Untuk Sambut Kelahiran AnaknyaLumrah biasanya pada Hari Halloween, mereka yang meraikannya akan memakai kostum sebagai acara perayaan. Siapa sangka, pada hari tersebut wanita ini mendapat kejutan sebelum dimasukkan ke dewan bersalin.

Doktor yang akan menyambut anaknya itu berpakaian sebagai Joker pada hari tersebut. Bayangkan, mekap dan kostum memang sama seperti Joker!

arenagempak.com - Wanita Hamil Didatangi ‘Joker’ Untuk Sambut Kelahiran Anaknya

Kalau diikutkan, due date untuknya bersalin adalah pada 5 November tetapi disebabkan air ketuban sudah pecah maka terpaksalah mereka ke hospital. Suaminya juga tidak menyangka dia akan bersalin pada Hari Halloween.

arenagempak.com - Wanita Hamil Didatangi ‘Joker’ Untuk Sambut Kelahiran Anaknya

“Bila di hospital, doktor yang ditugaskan nak periksa keadaan isteri saya. Masa tu lah kami tahu rupanya dia dress up jadi Joker untuk Halloween.”

Selepas periksa keadaannya, doktor rasakan belum masanya lagi untuk dia bersalin. Sementara menunggu, doktor tersebut mahu pulang ke rumah untuk agihkan gula-gula kepada kanak-kanak dan menukar pakaiannya dahulu.

arenagempak.com - Wanita Hamil Didatangi ‘Joker’ Untuk Sambut Kelahiran Anaknya

Tetapi wanita itu berkata dia berharap doktor akan mengekalkan pakaiannya sehinggalah dia bersalin. Tak sangka pula, memang doktor tu tak tukar pakaian dan sambut anaknya dengan pakaian dan mekap itu.

arenagempak.com - Wanita Hamil Didatangi ‘Joker’ Untuk Sambut Kelahiran Anaknya arenagempak.com - Wanita Hamil Didatangi ‘Joker’ Untuk Sambut Kelahiran Anaknya

Tak dapat nak bayangkan macam mana agaknya perasaan bila Joker yang menyambut anak kita lahir kan? Wanita ini selamat melahirkan anak ketiganya. Pada keesokan hari, doktor itu datang mengucapkan tahniah dalam keadaan ‘doktor sebenar’ dan bukan Joker.

Sumber: Little Things

Facebook Comments Box

Leave a Reply