Jam Dekat 12 Malam Je, Kereta Hilux Datang Parking Jauh-Jauh Sikit, Keluar Budak Kecil Seperti’ Messenger’

Pengalaman aku berniaga di kaki lima Maybank Seksyen 9 BB Bangi, aku dapat melihat betapa lebih menguntungkan mencari ‘perniagaan’ berupa SIMPATI dan sentimen. Lebih kurang jam 8.30 malam, setiap kali aku sampai ke Maybank untuk berniaga, akan kelihatan dua orang dari Selatan Thai yang berpangkat makcik bertudung labuh sanggup duduk langsung di atas lantai kaki lima. Memang nampak kesian.arenagempak.com - Jam Dekat 12 Malam Je, Kereta Hilux Datang Parking Jauh-Jauh Sikit, Keluar Budak Kecil  Seperti’ Messenger’

Berkesan sungguh emotional effect pada org lain hanya dengan taktik duduk direct atas lantai. Padahal kotor lantai tu. Yang makcik tu akan letaklah keropok-keropok atas lantai. Dia sentiasa datang awal dan akan port betul-betul di kiri kanan pintu masuk bank.

Terpaksalah aku pergi jauh dari lokasi strategik yang dia sudah ambil. Dia boleh berbahasa ‘kelate’ dan akan cuba create ‘small talk’ dengan aku mungkin sebab segan dengan kehadiran anak tempatan yang mencari rezeki berniaga di tanahair sendiri.

Kalau dibandingkan bisnes model aku dengannya, jauh lebih sukar bisnes aku sebab untuk aku set up booth sahaja akan mengambil masa 20 minit. Itupun kalau aku dapat parking MPV aku dekat dengan kaki lima dan dapat offload barang dengan lebih efisyen. Itupun kalau parking ada kosong.

Selepas itu, aku kena angkat 2-3 bakul berisi nenas seberat 50-100 kg, peti sejuk beku polystrene berisi nanas potong dan jus, penimbang digital, 3 keping plywood untuk letak nanas, kain untuk lap botol jus, tisu, baldi kecil isi air untuk cairkan jus yang beku, bekas duit tukar, tester nanas, toothpick, beg plastik, stand up bunting, papan harga, dll.arenagempak.com - Jam Dekat 12 Malam Je, Kereta Hilux Datang Parking Jauh-Jauh Sikit, Keluar Budak Kecil  Seperti’ Messenger’

 

Itu belum diambil kira proses persediaan sebelumnya iaitu proses mengupas kulit nanas, membuang mata nanas, memotong nanas, slow juicing nanas, memasukkan dalam container plastik dan botol jus, melabelkan bekas dan botol dengan stiker produk, dll.

Kesimpulannya, bisnes model aku berteraskan kualiti, harga berpatutan dan usaha yang gigih tanpa kenal PENAT.

Setelah aku bersedia untuk memulakan proses menjual produk nanas-nanas aku, kagum aku melihat ‘perniagaan’ berteraskan simpati makcik itu begitu laris. Boleh kata ada saja pelanggan yang ‘mencampakkan’ 10 ringgit, 5 ringgit kepadanya. Yang lebih menakjubkan, pelanggan tidak mengambil apa-apa pun barang jualannya. Ajaib sungguh. Duit masuk, barang tak keluar. WOW!

Sedangkan aku pula, walaupun nenas MD2 aku sedap, berkualiti, value for money dan hanya dijual pada harga RM6, pelanggan akan bertanya macam-macam dan membuat muka serius sebelum membeli. Itupun hanya dibeli setelah aku berjaya memberi layanan dan penerangan yang dapat meyakinkan mereka.

Ada juga insiden di mana, seorang pelanggan muslimah siap berniqab ini baru keluar bank dan terus meluru ke booth nanas aku, aku sangkakan nak beli nanas, rupa-rupanya nak tukar duit saja. Tanpa berfikir, aku pun menukarkan duit RM10 dia kepada RM5 dua keping. Ingatkan untuk apa, rupa-rupanya diberikan RM5 itu kepada makcik bersila atas lantai itu tanpa mengambil satu barang jualan pun. Takde pun dia nak beli satu pun jualan nanas aku. Takpelah.

 

Dari jam 8.30 sehingga 9.30 malam , aku anggarkan pendapatan makcik itu boleh mencecah RM150. Sungguh lumayan. Hanya dalam 1 jam. Sedang aku masih terkial-kial nak buat sales RM30 sahaja pun. Penat berdiri, menyusun buah, mengelap botol yang basah, dll. Seronoknya ‘perniagaan’ dia.

arenagempak.com - Jam Dekat 12 Malam Je, Kereta Hilux Datang Parking Jauh-Jauh Sikit, Keluar Budak Kecil  Seperti’ Messenger’

Ada sekali tu, duit tukar aku dah habis, jadi aku risau tak dapat nak bagi duit tukar pada pelanggan nanti, jadi aku minta pada makcik tu nak tukar note RM50 aku sebab aku tahu dia dapat banyak duit note RM10 dan RM5. Yang menyedihkan, dia kata takde dan tak dapatlah aku tukar duit dgnnya. Nampak sangat menipu.

Aku rasa dia telah dilatih untuk tidak bagi kerjasama sebab nanti ‘kantoi’ la dia dapat banyak duit. Setelah beberapa kali aku berniaga di situ, aku dapat rasakan makcik itu rasa ‘tak sedap’ sebab dia tahu aku tahu ‘taktik’ dan pendapatannya. Dia cuba berbaik-baik dengan aku, biasalah sembang-sembang tanya itu ini.

Kadang-kadang macam kenen-kenan nak makan free. Maaf, aku tak dapat bagi. Dia mampu beli sebab dapat duit banyak. Cuma tak nak beli supaya nak kekal nampak susah dan nampak kesian. Sedang aku yang penat berusaha nak proses nanas-nanas tu lagi, nak berniaga lagi, tiada siapa nak kesian.

Jadi aku layan gitu-gitu saja dia dan ada sekali tu aku bagi penegasan sikit (indirect) yang aku berniaga bukan mudah, kena usaha lebih, ada proses. Bukan senang nak dapat duit orang. Makcik tu terasa. Terus bangun blah. Malu kot.

Aku perati, dekat-dekat jam 12 malam (ATM tutup), akan sampai satu TOYOTA HILUX plate Thailand. Parking jauh sikit, nak sorok-soroklah tu. Dan disuruh seorang budak kecil untuk pergi ke makcik tu. Macam messenger la. Supaya tak nampak pemandu Hilux tu. Makcik tu pun akan berjalan menuju ke Hilux tu membawa hasil yang lumayan.

Dan berlalu pergilah bisneswoman hebat dari Selatan Thai itu. Esok kemari lagi dari siang sampai ke malam. Hasil perniagaaannya akan dibawa ke tempat asal mereka tanpa memberi apa-faedah-faedah kepada anak-anak jati Malaysia yang masih ramai yang susah dan gigih berusaha siang malam.

Bisnes model menagih simpati dan ‘agama’ sangat berjaya di dalam pasaran orang Melayu di serata lokasi. Orang Melayu memang ‘cerdik’. Berniaga itu SUNNAH. Meminta-meminta bukan SUNNAH. Gunakan akal kita. Bukan hanya emosi.

Sumber : Moreeza Mohamad

Facebook Comments Box

Leave a Reply