“Tolong Hantar Aku Ke Hospital, Aku Nak Bersalin” – Didatangi Wanita Nak Bersalin Minta Tolong Hantar ke Hospital

“Tolong Hantar Aku Ke Hospital, Aku Nak Bersalin” – Lelaki Didatangi Wanita Nak Bersalin Minta Tolong Hantar ke Hospital. Setiap ibu-ibu yang pernah hamil dan melahirkan anak sudah tentu mempunyai pengalaman tersendiri semasa ingin bersalin.“Tolong Hantar Aku Ke Hospital, Aku Nak Bersalin” - Didatangi Wanita Nak Bersalin Minta Tolong Hantar ke Hospital

Ada yang berjaya megawal keadaan dengan bertenang dan membuat persiapan awal sebelum zuriat tercinta keluar. Namun begitu, ada juga yang tidak dapat mempersiapkan diri serta sampai ke hospital pada waktu yang dirancang sehingga melahirkan anak di dalam kenderaan.

Isteri nak beranak, bos tak angkat call
Perkara tersebut telah dikongsi oleh seorang lelaki apabila telah membantu sepasang suami isteri warga asing yang kalut untuk mencari bantuan bagi membawa sang ibu ke hospital.“Tolong Hantar Aku Ke Hospital, Aku Nak Bersalin” - Didatangi Wanita Nak Bersalin Minta Tolong Hantar ke Hospital

 

Pengguna Facebook dikenali sebagai Zuan Alias memberitahu bahawa dia berhenti seketika di stesen minyak sebelum pergi bersenam kira-kira jam 7 pagi.

Ketika itu, dia terlihat pasangan suami isteri dalam keadaan resah dan tiba-tiba wanita tersebut datang kearahnya meminta bantuan untuk ke hospital kerana ingin bersalin.“Tolong Hantar Aku Ke Hospital, Aku Nak Bersalin” - Didatangi Wanita Nak Bersalin Minta Tolong Hantar ke Hospital

 

Bersalin dalam kereta
Sampai sahaja di hospital, wanita tersebut tidak dapat bangun dari tempat duduk belakang kerana kepala bayi sudah keluar. Mereka bernasib baik kerana ada jururawat yang membantu proses kelahiran tersebut.“Tolong Hantar Aku Ke Hospital, Aku Nak Bersalin” - Didatangi Wanita Nak Bersalin Minta Tolong Hantar ke Hospital

Semoga dimurahkan rezeki
Perkongsian cemas Zuan Alias itu telah mendapat perhatian daripada warganet kerana berasa terharu dengan pertolongan yang diberi tanpa sebarang prajudis terhadap warganegara asing.“Tolong Hantar Aku Ke Hospital, Aku Nak Bersalin” - Didatangi Wanita Nak Bersalin Minta Tolong Hantar ke Hospital

Mereka turut mendoakan agar lelaki itu diberi ganjaran pahala selepas berbuat kebaikan dengan menyelamatkan nyawa ibu serta bayinya.

Facebook Comments Box

Leave a Reply