Anak ‘Terkunci’ Leher Ibunya Guna “Lock” Basikal

Seorang wanita di China terpaksa meminta bantuan di balai polis untuk membuka lock basikal yang terkunci pada bahagian lehernya.Anak ‘Terkunci’ Leher Ibunya Guna “Lock” Basikal

Menurut Oddity Central, lock tersebut terkunci selepas anaknya yang berusia 4 tahun itu terlupa kod untuk membukanya.

Pada 7 Oktober lalu, wanita tersebut telah hadir ke balai polis di Huai’an, China sambil terdapat sebuah lock berwarna kuning dan kelabu pada bahagian lehernya.

Wanita itu telah memberitahu kepada anggota polis bahawa anaknya sedang bermain lock tersebut semasa dia sedang sibuk membersihkan tandas. Anaknya itu kemudiannya memasukkan lock itu pada bahagian lehernya dan terus mengunci.

Pada awalnya, dia berasakan bahawa perkara itu kelakar kerana lock itu adalah miliknya dan dia tahu kod untuk membuka kunci berkenaan. Namun begitu, anaknya difahamkan telah menukar kod tersebut dan kedua-dua mereka tidak tahu kombinasi yang betul untuk membuka lock itu.

“Saya sedang membersihkan tandas, dan anak saya sedang bermain dengan lockbasikal itu di sebelah saya,” kata wanita itu kepada polis. “Dia secara tiba-tiba telah memasukkan ke bahagian leher saya dan menguncinya. Saya tak dapat membukanya dengan kod yang telah saya tetapkan dan saya tidak tahu berapa kali dia telah mengubahnya, jadi saya terus panik.”

Pihak polis memeriksa terlebih dahulu sebelum menyatakan bahawa mereka juga turut tidak dapat berbuat- apa-apa bagi membantu wanita berkenaan selain menghubungi pihak bomba.

Pihak bomba yang datang membantu meletakkan tuala kecil diantara leher wanita tersebut dengan lock berkenaan dan cuba memotongnya menggunakan pemotong wayar.

Setelah lock itu berjaya ditanggalkan, salah seorang anggota bomba tersebut telah memberitahu kepadanya bahawa “Awak perlu bawa anak awak ke sini, kami boleh bantu berikan pengajaran kepadanya,”.

Wanita tersebut menjawab bahawa dia telah pun memukul anaknya itu atas kelakuan nakal tersebut.

Kisah wanita berkenaan serta video locktersebut berjaya dikeluarkan dari lehernya telah menjadi tular di media sosial China. Ramai warganet yang memberikan komen bahawa perlu ada batas yang perlu ditetapkan oleh ibu bapa bagi mengelakkan daripada situasi sebegini terjadi.

“Contoh kegagalan mengajar anak-anak mengenai batas, saya sama sekali tidak ketawa selepas menonton video ini,” komen seorang warganet.

“Walaupun ianya berlaku diantara ibu dan anak, batasan harus ditetapkan untuk semua tindakan dan kata-kata supaya kanak-kanak tidak dapat melanggar batas ini,” tulis seorang lagi.

 

Sumber: OddityCentral/siakapkeli

Facebook Comments Box

Leave a Reply