Tiada Duit Untuk Menyewa, Tiga Beranak Terpaksa Tinggal Dalam Kereta Di Stesen Minyak

Sepasang suami isteri yang buntu memikirkan masalah kewangan terpaksa mengambil keputusan tinggal dalam kereta.Tiada Duit Untuk Menyewa, Tiga Beranak Terpaksa Tinggal Dalam Kereta Di Stesen Minyak

Pasangan itu juga mengenepikan perasaan malu apabila bermalam dalam kereta di stesen minyak selama beberapa hari kerana tiada wang yang cukup untuk menyewa rumah.

Mohd Shazwan Ismail, 29, dan isterinya, Khairul Amirah Tiss Shahirah Hashim, 25, mengambil keputusan itu dengan ditemani anak, Nur Iman Saffiya Mohd Shazwan, 1, selepas keluar dari rumah di Sidam akibat masalah keluarga.

Khairul Amirah berkata, dia terpaksa akur dengan kehendak suaminya kerana tidak mempunyai tempat untuk mengadu malah bercadang mencagarkan Proton Wira yang menjadi tempat mereka berteduh bagi mendapatkan rumah sewa.

Katanya, akibat desakan hidup juga menyebabkan suaminya mengajak menumpang di rumah rakan di Taman Ria, di sini sebelum mengambil keputusan tinggal dalam kereta.

Tiada Duit Untuk Menyewa, Tiga Beranak Terpaksa Tinggal Dalam Kereta Di Stesen Minyak

“Suami bekerja sebagai pembancuh minuman di gerai makan dan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pendapatannya tidak menentu.

“Kami bersyukur kerana anak kami masih menyusu badan dan saya memakaikan dia kain yang dilipat sebagai lampin kerana tidak mampu membeli lampin pakai buang,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, dia baru menamatkan pengajiannya di sebuah kolej teknologi di Seremban, Negeri Sembilan dalam bidang pengurusan perniagaan tahun lalu.

Namun disebabkan anaknya masih kecil dan ditambah pula dengan Covid-19 ketika ini, dia terpaksa melupakan hasrat untuk bekerja.

“Saya hanya mengharapkan pendapatan suami untuk menyara kehidupan keluarga kami namun saya reda dengan apa yang berlaku.

“Sepanjang kami tinggal dalam kereta beberapa hari, saya risaukan anak saya kerana dia tak selesa. Nyamuk susah biasa cuma saya bimbangkan keselamatan kami itu saja,” katanya.

Khairul Amirah berkata, disebabkan itu, suaminya terpaksa memaparkan kisah mereka melalui Facebook (FB) dan mengharapkan belas ihsan orang ramai untuk mencari rumah sebagai tempat mereka berteduh.Tiada Duit Untuk Menyewa, Tiga Beranak Terpaksa Tinggal Dalam Kereta Di Stesen Minyak

Katanya, mereka sanggup mencagarkan kereta itu asalkan memperoleh wang untuk sewa rumah serta makan minum mereka.

Sementara itu, kisah mereka mendapat perhatian badan bukan kerajaan (NGO) Nasuha yang membantu mendapatkan rumah sewa dan membayar deposit.

Wakil Nasuha, Muhamad Ridzuan Osman berkata, mereka akan membiayai rumah sewa itu setiap bulan sehingga Mohd Shazwan boleh berdikari dan mengumpul wang hasil kerjanya.

“Kami turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan makanan asas serta lampin pakai buang untuk keluarga itu.

“Di saat pandemik C0VlD-19 berlaku sekarang ini, ramai yang terkesan dan kita akan bantu sedaya mungkin dalam memastikan tidak ada keluarga yang tercicir dan hilang sumber makanan,” katanya.

Mohamad Ridzuan berkata, setakat ini NGO dari Nasuha sudah membantu lebih 1,000 keluarga yang terkesan akibat C0VlD-19 di negara ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang berhasrat untuk membantu pasangan itu boleh menghubungi Khairul Amirah di talian 011- 31813595.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box

Leave a Reply