Anak Berusia 3 Tahun Positif Covid-19, Terpaksa Berpisah Dengan Ibu

Seorang ibu berkongsikan video sedih kerana terpaksa berpisah dengan anaknya yang berusia 3 tahun yang disahkan positif. Difahamkan anaknya telah dibawa ke pusat kuarantin menggunakan ambulans.Anak Berusia 3 Tahun Positif Covid-19, Terpaksa Berpisah Dengan Ibu

Dibawa ke MAEPS tanpa ibu
Menerusi video yang dimuat naik oleh wanita bernama Fana di TikTok, dia merakam anak lelakinya yang berusia 3 tahun untuk dibawa masuk ke dalam ambulans.

Difahamkan, anaknya yang bernama Fayyadh itu telah disahkan positif Covid-19 dan akan dihantar ke MAEPS Serdang untuk dikuarantin.

Melalui video tersebut, jelas kelihatan wajah sayu anak kecil itu. Apa yang lebih menyedihkan adalah dia terpaksa merelakan anaknya menaiki ambulans itu seorang diri tanpa pengawasannya ataupun suami.

Suami memang sudah berada di MAEPS
Menurut Fana, Fayyadh telah menunjukkan simptom demam sebelum itu dan mendapat keputusan positif pada hari yang sama. Kini, Fayyadh dipercayai sedang menjalani kuarantin di MAEPS bersama suaminya yang juga positif Covid-19.

Anak Berusia 3 Tahun Positif Covid-19, Terpaksa Berpisah Dengan Ibu

Dia tak nangis sebab masa nak hantar dia naik ambulans dah cakap dengan dia, nanti pergi jumpa Ayah tau. Ayah dia dah kena hantar kat Maeps sehari sebelum.

Sedang sarat mengandung dan turut disahkan positif Covid-19
Fana yang sedang sarat mengandung 32 minggu itu turut disahkan positif dan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk pemantauan rapi.

Malah, dia juga berkemungkinan akan dibersalinkan awal sekiranya mendatangkan risiko kepada bayi di dalam kandungannya.

Saya pregnant 32 weeks and positif juga. Saya kena hantar ke Hospital Sungai Buloh dan perlu dipantau. Jadi, KKM perlu tempatkan anak saya dibawah jagaan suami saya di Maeps.

Ibu cekal ini sempat menyampaikan pesanan kepada netizen agar mendoakan kesihatannya dan keluarga agar mereka segera sembuh dan bersama semula.

Rata-rate netizen  mendoakan agar Fana dan keluarganya diberi kekuatan agar segera sembuh dan sihat seperti sedia kala.

 

Sumber: Buzzkini

Facebook Comments Box

Leave a Reply