Suami Kena Tangkap Isteri, Niat Belikan Pakaian Untuk Teman Wanita Tak Kesampaian

Niat seorang lelaki di India untuk menghadiahkan teman wanitanya pakaian tidak kesampaian apabila isterinya mengetahui rahsia dia curang.arenagempak.com - Suami Kena Tangkap Isteri, Niat Belikan Pakaian Untuk Teman Wanita Tak Kesampaian

Memetik India.com, kejadian memalukan itu berlaku di sebuah pasar di Shastri Nagar, Meerut, Uttar Pradesh, seorang wanita, Ayesha menangkap suaminya, Adnan, ketika sedang membeli pakaian bersama wanita lain.

Akibat marah dikhianati, wanita itu memukuI suaminya di khalayak ramai selepas berlaku pertengkaran antara mereka, manakala teman wanita lelaki itu melarikan diri.

arenagempak.com - Suami Kena Tangkap Isteri, Niat Belikan Pakaian Untuk Teman Wanita Tak Kesampaian

Polis akhirnya berjaya mengawal kekecohan itu sebelum pasangan itu dibawa ke balai polis.

Menurut keterangan Adnan, dia mendakwa sudah menceraikan isterinya dan menuduh wanita itu mahu memb*nuhnya, namun tidak dapat mengemukakan buktinya.

arenagempak.com - Suami Kena Tangkap Isteri, Niat Belikan Pakaian Untuk Teman Wanita Tak Kesampaian

Bagaimanapun Ayesha, menangkis dakwaan suaminya itu dengan membuat laporan dia menjadi mangsa kegnasan rumah tangga.

Aktivis sosial yang tiba di balai polis itu turut menuntut tindakan tegas diambil terhadap lelaki itu.

arenagempak.com - Suami Kena Tangkap Isteri, Niat Belikan Pakaian Untuk Teman Wanita Tak Kesampaian

Menurut laporan media tempatan, Aaj Tak, pasangan itu berkahwin setahun lalu.

Ayesha mendakwa dirinya sering dipukuI suaminya dan dia mula mengesyaki lelaki itu curang terhadapnya sebelum menemui suaminya bersama wanita lain di kedai memilih pakaian.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box

Leave a Reply