Dua Beranak Terpaksa Tidur Beralaskan Tanah, Anak Dua Tahun Dinaiki Kudis Di Betis

Dua beranak yang terpaksa tinggal di rumah usang dan tidur beralaskan tanah di Kampung Kuala Betis, dekat sini, mendapat perhatian Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini.arenagempak.com - Dua Beranak Terpaksa Tidur Beralaskan Tanah, Anak Dua Tahun Dinaiki Kudis Di Betis

Ini apabila rumah didiami dua beranak miskin itu dibina lantai konktrit secara gotong-royong membabitkan lima anggota Rela dan penduduk kampung.

Paling menyedihkan bagi ibu tunggal terbabit, Nik Azura Awang, 32, apabila anak lelakinya, Ammar Amsyar Tuan Anuar, 2, dinaiki kudis di kedua-dua betis.

Katanya, ini kerana jangkitan kuman berikutan terlalu lama tidur beralaskan tanah dan tidak mampu untuk menyedia wang upah untuk menyimen lantai.

arenagempak.com - Dua Beranak Terpaksa Tidur Beralaskan Tanah, Anak Dua Tahun Dinaiki Kudis Di BetisDia tinggal di rumah berkenaan ketika mengandung anak pertamanya itu enam bulan sebelum berpisah dengan suaminya.

“Rumah usang kediaman kami ini juga tidak mempunyaj bilik tidur, bilik air dan dapur, tetapi yang lebih penting bina lantai simen dahulu untuk keselamatan anak.

“Kami terpaksa merayu kepada sebuah NGO untuk membantu bagi membina lantai simen dan Alhamdulillah hari ini tercapai,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, hari ini.

Nik Azura mengakui tidak mempunyai pekerjaan dan sebelum ini pernah bekerja di kedai makan tetapi terpaksa berhenti bagi membantu kakak sakit buah pinggang.

“Kakak terpaksa dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) tiga kali seminggu untuk dialisis, lagipun anak saya itu tidak ada orang untuk menjaganya.

“Kadang-kadang rasa sedih berdepan dengan sebarang kekurangan dalam hidup tetapi tetap bersabar menghadapi ujian tuhan,” katanya.

arenagempak.com - Dua Beranak Terpaksa Tidur Beralaskan Tanah, Anak Dua Tahun Dinaiki Kudis Di Betis

NIK Azura menunjukkan betis anaknya yang dinaiki kudis dipercayai akibat tidur beralaskan tanah. FOTO Ramli Ibrahim

Sementara itu, Pengerusi Cakna Kasih Gua Musang, Siti Nor Azila Zulkifli berkata, pihaknya dihubungi beberapa kali ibu tunggal terbabit supaya membantunya.

Beliau berkata, lawatan dilakukan ke rumah itu dan rasa sedih melihatkan keadaan rumah terlampau daif serta tidak selesa menjadi tempat tinggal.

“Tempat tidur dan memasak di ruang sama. Hari ini kita bina dulu lantai simen sebelum bantuan lain selepas ini kita bina pula tandas dan dapur.

“Kita yang prihatin dengan nasib dua beranak itu terpaksa meminta jasa baik anggota Rela bagi menyimen lantai rumah dia yang disiapkan sehari sahaja,”katanya.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box

Leave a Reply