Suami Cuak Isteri Hulur Pregnancy Test, Sedangkan Anak Mereka Baru 8 Bulan

Tanya sahaja pasangan yang berkahwin, Siapa saja yang tidak mahukan zuriat setelah sekian lama berkahwin bukan? Anak ini ibarat penguat lagi cinta antara suami dan isteri.arenagempak.com - Suami Cuak Isteri Hulur Pregnancy Test, Sedangkan Anak Mereka Baru 8 Bulan

Mereka inilah penghibur buat suami isteri dalam rumah tangga. Tetapi, kita juga perlu tahu bahawa rezeki semua terletak pada Allah SWT.

Namun, lain pula dengan video yang tular di Instagram baru-baru ini apabila si suami merasa cuak selepas isterinya menunjukkan pregnancy test walaupun anak mereka baru berumur 8 bulan.

Tak boleh sorok muka terkejut selepas isteri hulur pregnancy test

Menerusi video tersebut, kelihatan ketika itu lelaki berkenaan sedang duduk. Isterinya kemudian datang dekat padanya dan terus menghulurkan pregnancy test kepada si suami.

arenagempak.com - Suami Cuak Isteri Hulur Pregnancy Test, Sedangkan Anak Mereka Baru 8 Bulan
Difahamkan, pasangan itu baru saja mempunyai cahaya mata sulung yang kini sudah berusia 8 bulan. Namun, si isteri sengaja mahu menyakat suaminya dengan menghulurkan pregnancy test tersebut untuk melihat reaksinya.

Malah, si suami berulang kali tanya kepada isterinya jika dia betul-betul mengandung. Akhirnya wanita itu ketawa kerana tidak dapat menahan lihat reaksi suaminya itu. Rupa-rupanya itu adalah pregnancy test yang pernah digunakan sewaktu dia hamil anak sulung mereka.

“Selamat tak terkeluar je biji mata tu” – Netizen

VIDEO:

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi muka lelaki tersebut.

Malah, ada yang menganggap dia kelihatan seperti lebih takut daripada suka. Ada juga yang menyuruh si suami masuk ke dalam pertandingan lawak.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 14.9K views, 154 comments dan 1,743 likes di Instagram. Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Instagram:

arenagempak.com - Suami Cuak Isteri Hulur Pregnancy Test, Sedangkan Anak Mereka Baru 8 Bulan

 

Sumber:Seismik

Facebook Comments Box

Leave a Reply