Mimpi Jumpa Nenek Tua, Doktor Scan Dan Beritahu Kosong, Baby Tak Ada.

Bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin, kehadiran zuriat sememangnya ditunggu-tunggu oleh semua ahli keluarga. Namun, memang benar kata orang kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang tentukan.arenagempak.com -  Mimpi Jumpa Nenek Tua, Doktor Scan Dan Beritahu Kosong, Baby Tak Ada.

Bagi Puan Nur Hafsyah, pengalaman yang dilaluinya ini tidak dijangka sama sekali kerana dari awal kandungan sehinggalah usia 4 bulan perkembangan bayi sihat dan normal.

Mungkin sudah takdir, ketika membuat pemeriksaan rutin di klinik, berita yang diberitahu doktor mengenai bayi dalam kandungannya sudah tiada benar-benar buat hatinya sedih.

arenagempak.com -  Mimpi Jumpa Nenek Tua, Doktor Scan Dan Beritahu Kosong, Baby Tak Ada.

Doktor tunjuk dalam rahim kosong!

Banyak kali doktor tanya untuk kepastian, sama ada pernah terjatuh atau turun darah tak sebelum datang buat pemeriksaan tapi jawapannya memang tiada.

Semua baik-baik saja cuma dia pernah bermimpi didatangi seorang nenek tua yang mahu mengambil bayinya.

Namun tak terfikir yang bukan-bukan pun sehinggalah dapat tahu selepas doktor scan.

arenagempak.com -  Mimpi Jumpa Nenek Tua, Doktor Scan Dan Beritahu Kosong, Baby Tak Ada.

AL-FATIHAH UNTUK ANAK SYURGAKU

17/3/2021, mama pergi checkup nak tengok perkembangan baby. Rasa excited nak tengok anak mama.

Baby tak ada..

Doktor scan anak mama dan tiba-tiba doktor tanya mama “ ada jatuh ke? Ada keluar pendarahan ke?”, mama cakap tak ada. Bila dengar jawapan mama, doktor suruh mama pergi kencing.

arenagempak.com -  Mimpi Jumpa Nenek Tua, Doktor Scan Dan Beritahu Kosong, Baby Tak Ada.

Selepas 20 minit, doktor panggil mama. Doktor tanya mama lagi sekali.. betul ke tak ada jatuh? Mama kata tak ada, tapi mama ada mimpi nenek tua nak ambil anak mama.

Sebelum pergi checkup rasa perut kempis

Sebelum pergi checkup pagi tu pun mama dah rasa perut kempis. Tapi mama hanya fikir positif je dan selepas itu doktor suruh mama baring untuk nak buat scan semula.

Doktor sahkan keguguran

Selepas dah buat lagi sekali scan, doktor sahkan mama keguguran. Anak mama hilang, janin dah tak ada dalam rahim! Ya Allah masa tu mama rasa nak menangis. Mama terus pergi jumpa papa.

Sedihnya Allah sahaja yang tahu

arenagempak.com -  Mimpi Jumpa Nenek Tua, Doktor Scan Dan Beritahu Kosong, Baby Tak Ada.

Dalam kereta papa asyik tanya, apa doktor cakap? Mama tak tahu nak cakap macam mana pada papa, tapi mama memang tak boleh tahan air mata depan papa. Hanya Allah je tahu betapa remuknya hati mama masa tu.

Hilang dua insan tersayang

Mama baru je kehilangan arwah mak, sedih ni tak hilang lagi. Tapi Allah uji mama, mama kehilangan orang yang sangat bermakna dalam hidup mama dan papa.

Terima kasih Ya Allah kau dah pinjamkan kami kebahagiaan walaupun hanya sementara, kami reda dengan apa yang berlaku pada hari ini. Sayang tunggu mama dan papa di syurga ya.

#anaksyurgaku

Kredit: Nur Hafsyah

Facebook Comments Box

Leave a Reply