Rider Foodpanda Berjaya Genggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD)

Biasa pepatah kita dengar, henda seribu daya, tak hendak seribu dalih. Itulah ungkapan yang amat sesuai untuk kita umpamakan kepada lelaki ini yang telah berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) selepas 4 tahun berhempas pulas untuk mencapai impian.Rider Foodpanda Berjaya Genggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD)

Siapa sangka, sebenarnya lelaki ini hanyalah bekerja penghantar makanan Foodpanda, beliau ini sebenarnya adalah DR yang merupakan Graduan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Teknologi Farmaseutikal dari Universiti Malaysia Pahang, Gambang.

Melalui perkongsian di facebook miliknya dan juga telah dimuat naik oleh Foodpanda Rider Malaysia, beliau melahirkan rasa syukur kerana sepanjang empat tahun , dia telah mendapat sokongan dan restu keluarga serta doa ibu bapa dan isteri yang sentias memberikan semangat untuk meneruskan pengajian ini.

Walaupun hanya bekerja sebagai penghantar makanan, ia tidak akan mematahkan semangatnya untuk berjaya. Sikap dan jati diri itu yang akan menjadikan dirinya terus berjuang sehingga ke penghabisan dan meraih kejayaan.

Kerjaya Sebagai Penghantar Makanan
Ramai yang memberi tanggapan negatif terhadap mereka yang bekerja sebagai seorang penghantar makanan, tetapi menurut pandangan Dr Mohd Akmal ini, pekerjaanya sebagai seorang penghantar makanan telah memberikan banyak manfaat untuk dirinya.

Bukan sahaja berpeluang mendapat rezeki, pekerjaan yang dilakukan secara sepenuh masa ini yang dimulan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini telah banyak mendidiknya tentang soft skill, cara nak berkomunikasi dan banyak membantu sifat sabar dan kemahiran pengurusan masa.

“Sebenarnya, Rakyat Malaysia ni sangat pemurah”

Dalam satu temuramah yang diadakan bersama Fly Fm, Mohd Akmal turut berkongsi pengalamannya sebagai seorang rider Foodpanda.

Bila ditanya oleh radio berkenaan mengenai pengalaman pelik semasa menjadi rider, dia bagaimanapun membalas , pengalamanya sebagai penghantar makanan sepenuh masa telah membuka matanya bahawa rakyat Malaysia ini sangat pemurah.

Kongsinya, bila dia menghantar makanan, dia selalu mendapat tips dari pelanggan. Malah ada juga pelanggannya yang pernah membuat pesanan makanan hanya untuk diberi kepadanya.

Rider Foodpanda Berjaya Genggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD)
Dalam temuramah dari radio berkenaan juga, Akmal berkongsi bagaimana dirinya boleh terlibat menjadi rider foodpanda. Segala-galanya bermula selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dikuatkuasakan oleh kerajaan. Akmal yang sebelum ini merupakan bekas pensyarah di Universiti Malaysia Pahang telah ditamatkan kontrak dan ketika itu tiada peluang pekerjaan yang boleh dilakukan. Pada masa yang masa, Akmal perlu meneruskan hidup dan mendapatkan sumber kewangan bagi menampung keluarganya, pilihan yang ada pada ketika itu hanyalah menjadi seorang penghantar makanan.

Walaupun tidak lagi menjadi pensyarah, Akmal tetap ditawarkan untuk menyambung pengajian di peringkat PhD dengan sokongan Biasiswa, ianya merupakan satu peluang yang tidak akan dilepaskannya dan menghabiskan pengajian Phd dalam masa 4 tahun. Akmal perlu membahagikan masa sebaiknya bagi melakukan kerjanya sebagai penghantar makanan dan dalam masa yang sama seorang pelajar yang perlu menyelesaikan urusan pengajian PhD.

Rider Foodpanda Berjaya Genggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD)Akmal berkongsi, di sebelah pagi sehingga petang, dia akan membuat kerja Foodpanda manakala sebelah malamnya pula, masanya banyak dihabiskan untuk melakukan kerja-kerja penyelidikan dan pengajian Phdnya.

Tahniah kepada Dr Mohd Akmal, kisahnya ini sangat memberikan inspirasi kepada kita semua bahawa apa sahaja ujian yang berlaku dalam hidup boleh dihadapi dengan tabah dan akhirnya membawa kepada kesudahan yang cemerlang. Buat anda semua yang sedang diuji dalam hidup, anda boleh membaca kisah mengenai Akmal ini, setiap ujian yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya. Apa yang paling penting, berhenti memberikan alasan, dan mula bertindak sekarang demi untuk keluar dari zon selesa anda.

Facebook Comments Box

Leave a Reply