Anak Beranak Menemui Peti Besi Dalam Tasik Yang Mengandungi Duit Ribuan Ringgit

Ketika mencari logam dalam sebuah tasik di Lincolnshire, seorang remaja lelaki bersama bapanya telah menemui sebuah peti yang mengandungi wang tunai bernilai ribuan dolar Australia!Anak Beranak Menemui Peti Besi Dalam Tasik Yang Mengandungi Duit Ribuan Ringgit

Menurut Daily Mail, George Tindale dan bapanya yang dikenali sebagai Kevin sedang mencari barang logam dengan menggunakan peralatan khas di Sungai Witham di Grantham, Lincolnshire sebelum penemuan luar biasa tersebut.

Anak beranak ini kemudiannya terkejut besar apabila menemui peti besi lama dan mendapati terdapat sejumpah wang yang bernilai kira-kira 2,500 dolar Australia (RM7,551) tersimpan dalam plastik dalam peti tersebut.Anak Beranak Menemui Peti Besi Dalam Tasik Yang Mengandungi Duit Ribuan Ringgit

Selain daipada wang tunai, anak beranak ini juga turut menemui sekeping sijil senjata api dan beberapa kad bank yang sudah tamat tempoh pada 2004. Susulan penemuan itu, mereka akhirnya dapat menjejak pemilik asal peti besi tersebut.

Difahamkan peti besi tersebut merupakan barang curi yang diambil dari seorang ahli perniagaan bernama Rob Everett tahun 2000 ketika pejabatnya dipecah masuk.Anak Beranak Menemui Peti Besi Dalam Tasik Yang Mengandungi Duit Ribuan Ringgit

Anak beranak akhirnya berjaya mencari dan menghubungi Rob Everett dan mereka berniat untuk memulangkan peti besi itu kepadanya. Akhirnya George dan Kevin telah berjumpa dengan Rob Everett di premis perniagaan di Grantham untuk memulangkan hartanya.Anak Beranak Menemui Peti Besi Dalam Tasik Yang Mengandungi Duit Ribuan Ringgit

Rob Everett yang kagum dengan keikhlasan dan kejujuran dua beranak itu juga difahamkan telah menawarkan peluang kerja untuk George Tindale meskipun usianya baru 15 tahun sekiranya dia berminat.

 

Anak Beranak Menemui Peti Besi Dalam Tasik Yang Mengandungi Duit Ribuan Ringgit

George Tindale dan bapanya pula berkongsi minat yang sama iaitu mencari barangan logam dengan menggunakan ‘pancing magnet’.

Facebook Comments Box

Leave a Reply