Pernah Cerai 4 Kali, Duda 73 Tahun Menikahi Wanita Berusia 25 Tahun

Perbezaan usia 48 tahun tidak menghalang seorang warga emas menyunting wanita pilihan berusia 25 tahun menjadi teman hidupnya.Pernah Cerai 4 Kali, Duda 73 Tahun Menikahi Wanita Berusia 25 Tahun

Pernikahan Bandu, 73, dan isterinya, Imma, 25, di daerah Bone, Sulawesi Selatan pada Ahad heboh diperkatakan di media sosial.

Sekeping foto yang tular menunjukkan pengantin lelaki segak memakai kot dan songkok manakala pasangannya cantik dengan pakaian adat Bugis.

Menurut laporan Tribunnews, warga emas itu seorang duda dan pernah bernikah dengan empat pasangan manakala wanita itu ibu tunggal anak satu.

Pernah Cerai 4 Kali, Duda 73 Tahun Menikahi Wanita Berusia 25 Tahun

Kedua-duanya dilaporkan menyara hidup sebagai petani.

Anak Bandu, Suriadi berkata, pernikahan terbaharu bapanya dengan Imma itu berlangsung di kediaman pengantin wanita di Puderebba, Kampung Waempubbu, Amali, Ahad lalu.

Pernah Cerai 4 Kali, Duda 73 Tahun Menikahi Wanita Berusia 25 Tahun

Katanya, pengantin perempuan diberikan mas kahwin sebentuk cincin emas seberat satu gram bersama wang tunai 8 juta rupiah (2,272).

“Mereka berkenalan melalui ahli keluarga yang bersetuju menjodohkan mereka,” katanya.

VIDEO:

Pada 7 April lalu, media sosial turut heboh dengan pernikahan Bora, 58, bersama Ira Fazilah, 19, yang menerima mas kahwin 10 juta rupiah (RM2,840) dan satu hektar tanah.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box

Leave a Reply