Buat Video “Alasan Rentas Negeri” Bersama Penguatkuasa, Instafamous Dikompaun RM1,500 Gara-gara Tak Pakai Mask

Seorang selebriti media sosial (instafamous) dikenakan kompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka dalam video adegan raya membabitkan anggota polis berpakaian seragam yang dimuat naik di laman sosial miliknya, baru-baru ini.Buat Video “Alasan Rentas Negeri” Bersama Penguatkuasa, Instafamous Didanda RM1,500 Gara-gara Tak Pakai Mask

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara itu dikeluarkan selepas lelaki terbabit hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini, semalam.

Mengulas mengenai video itu, beliau berkata pihaknya mengesan ia dimuat naik individu terbabit pada 9.15 malam, Ahad lalu dan semakan mendapati lokasi adegan raya itu dilakonkan di Bukit Rimau, Presint 3, di sini.

Buat Video “Alasan Rentas Negeri” Bersama Penguatkuasa, Instafamous Didanda RM1,500 Gara-gara Tak Pakai Mask

“Video itu turut membabitkan kenderaan polis jenis Proton Preve serta kenderaan persendirian jenis Honda City milik lelaki tempatan dan anggota yang terbabit dalam adegan lakonan itu berpakaian penuh seragam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Fadzil berkata, dalam video berkenaan, individu terbabit tidak memakai pelitup muka selain dilihat mempersendakan alasan diberikan bagi tujuan rentas negeri.

Buat Video “Alasan Rentas Negeri” Bersama Penguatkuasa, Instafamous Didanda RM1,500 Gara-gara Tak Pakai Mask

Katanya, dua anggota polis dan seorang anggota tentera yang terabit dalam video itu sedang bertugas dalam pasukan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) IPD Putrajaya.

VIDEO:

“Saya tidak pernah membenarkan video itu dirakam atau dikeluarkan dan tiada bayaran atau sagu hati diterima pihak polis dalam hal ini,” katanya. –

Sumber: Bharian

 

Facebook Comments Box

Leave a Reply