Lelaki Kelihatan Lemas Di Sungai, Anak Gajah Meluru Masuk Ke Sungai Untuk Selamatkannya

Seekor anak gajah telah melihat seorang lelaki yang kelihatan lemas di sungai, tanpa berfikir panjang, anak gajah itu kemudiannya terus meluru kearah lelaki tersebut dan mahu menyelamatkannya dengan sedaya upaya.Lelaki Kelihatan Lemas Di Sungai, Anak Gajah Meluru Masuk Ke Sungai Untuk Selamatkannya - arenagempak.com

Kham Lha, seekor anak gajah yang paling muda di Taman Alam Semula Jadi Gajah di utara Thailand, ternyata mempunyai hubungan istimewa dengan salah seorang staf di situ, Darrick. 

Buktinya, apabila Darrick membuat simulasi lemas di dalam sungai, Kham Lha dilihat terus bergegas masuk ke dalam sungai untuk menyelamatkan Darrick.

Menerusi video yang berdurasi hampir seminit itu, Darrick yang berada di tengah-tengah sungai berpura-pura lemas ketika Kham Lha dan beberapa ekor gajah lain berada berdekatan di tebing.Lelaki Kelihatan Lemas Di Sungai, Anak Gajah Meluru Masuk Ke Sungai Untuk Selamatkannya - arenagempak.com

Kham Lha kemudian dilihat dengan pantas berlari ke dalam air dan menuju ke arah Darrick hingga ke arah tebing sungai.

Sesampainya di tebing, Darrick mengucapkan terima kasih kepada Kham Lha. Tonton video di bawah:Lelaki Kelihatan Lemas Di Sungai, Anak Gajah Meluru Masuk Ke Sungai Untuk Selamatkannya - arenagempak.com

Kham Lha merupakan salah seekor dari 19 ekor gajah yang diselamatkan oleh santuari itu dari industri pelancongan. Di usia 4 tahun, Kham Lha dipaksa menjalani latihan menyeksakan ditangan penawannya sebelum ini.Lelaki Kelihatan Lemas Di Sungai, Anak Gajah Meluru Masuk Ke Sungai Untuk Selamatkannya - arenagempak.com

Tapi kehidupan Kham Lha sekarang sangat tentang dan gembira di samping gajah-gajah lain bersama Darrick. Tengoklah video anak gajah ini selamatkan lelaki lemas (Darrick) yang sungguh mengharukan.

Facebook Comments Box

Leave a Reply