Biasanya ketika kita memasak atau menggoreng makanan, antara benda yang kita takut dan mahu elakkan adalah terkena percikan minyak. Rasanya semua orang yang pernah menggoreng makanan mesti ada pengalaman terkena percikan minyak panas bukan? Dan ianya agak menyakitkan dan boleh membuatkan kulit melecur.
Tapi rupanya ada juga orang yang tidak takut dengan minyak panas ini. Baru-baru ini, tular mengenai seorang peniaga makanan bergoreng di Magelang, Indonesia yang dengan selamba mencelup tangannya kedalam minyak panas.
Peniaga wanita yang berusia 55 tahun ini dikatakan mempunyai kebolehan atau kepandaian untuk celup tangan dalam minyak panas ketika menggoreng makanan.
Wanita yang dikenali sebagai Sri Rejeki memberitahu dia menggunakan cara tersebut untuk menarik pelanggannya. Menurutnya,kali pertama dia mencelupkan tangannya ke dalam minyak panas, memang dia ada rasa panas tapi tidak melecur. Lama-kelamaan dia sudah biasa.
Ditanya apa rahsianya, menurut Sri Rejeki, dia hanya akan baca bismillah dan selebihnya dia tak rasa panas sangat sekarang sebab memang dah terbiasa. Tambahnya lagi, dia celup tangan pun biasanya sekejap sahaja dan tidak lama.
Sri Rejeki meniaga jual bakwan iaitu sejenis makanan bergoreng yang menyerupai cucur atau tempura sejak beberapa tahun lalu selepas suaminya sakit kena serang strok.
Hasil dari usaha dan hasil jualannya, wanita ini mampu menyara hidupnya dan juga berjaya menghantar anaknya untuk menuntup pelajaran di universiti.