Kucing Cari Pasal Dengan Aligator Yang Sedang Kelaparan, Siap Bertalu-talu Menamparnya

Kucing Cari Pasal Dengan Seekor Buaya Aligator Yang Sedang Kelaparan, Menamparnya Bertalu-talu! Berani Betul! Kami pun dah  tak berani nak tengok dah.Kucing Cari Pasal Dengan Aligator Yang Sedang Kelaparan, Siap Bertalu-talu Menamparnya

Kucing ini kemungkinan adalah kucing yang paling berani di dunia ini. Pada kebiasaannya, kucing akan lari dan menjauhkan diri apabila ternampak pemangsa. Tapi bukan kucing ini!

Video ini dirakam di sebuah taman hidupan liar di New Orleans oleh para pelancong. Bayangkan kejutan mereka apabila melihat seekor kucing mencabar seekor aligator sementara si aligator sedang makan ketulan ayam di tebing air.Kucing Cari Pasal Dengan Aligator Yang Sedang Kelaparan, Siap Bertalu-talu Menamparnya

Apabila si aligator mencapai seketul ayam, kucing yang berada di hadapannya itu menampar muncungnya bertalu-talu.

Pada mulanya, si aligator tidak mempedulikan pukulan lembut si kucing namun ia mula berasa jengkel selepas berkali-kali diganggu ketika makan.

 

Jadi, bermulalah ‘pertandingan merenung’ antara si kucing dengan si aligator.Kucing Cari Pasal Dengan Aligator Yang Sedang Kelaparan, Siap Bertalu-talu Menamparnya

Setelah si aligator cukup yakin bahawa ia telah menakutkan si kucing dengan renungan mautnya itu, ia bergerak ke hadapan untuk makan seketul lagi ayam. Tanpa dijangka, si kucing sekali lagi menampar muncungnya berkali-kali.

Akhirnya, si aligator berundur dan kembali ke air tanpa menghabiskan makanannya.

Kucing Cari Pasal Dengan Aligator Yang Sedang Kelaparan, Siap Bertalu-talu Menamparnya

Kesian juga, tak habis makan mungkin kerana ‘takut’ dengan kucing tu

Menakjubkan juga kerana si aligator tidak membaham si kucing. Agaknya ibu si aligator ini mengajarnya untuk ‘mengalah kepada yang lebih kecil’! Saksikan video aksi kucing berani ni berdepan alligator dalam video di bawah:

VIDEO:

p/s: Tapi kan, kalaulah kami pemilik kucing ini, sudah pasti kami tak akan biarkan dia dekat dengan haiwan berbahaya seperti ini takut jadi apa-apa yang tidak diingini.

Facebook Comments Box

Leave a Reply