Tumpangkan Lelaki Tua Terlepas Bas Balik Rumah, Lelaki Geram Lelaki Itu ‘Cuma” Beri RM20 Diselitkannya

Seorang lelaki warga emas terpaksa berjalan kaki untuk pulang ke rumah dan dijumpai oleh seorang lelaki.Tumpangkan Lelaki Tua Terlepas Bas Balik Rumah, Lelaki Geram Lelaki Itu ‘Cuma” Beri RM20 Diselitkannya

” Waktu perjalanan pulang saya nampak ada seorang lelaki lingkungan usia 50 hingga 60 tahun. Dia berjalan seorang diri,”

Tulis pemuda ini menerusi halaman Facebook Izhar Ruslan, mengimbas semula kejadian pada Ahad lalu selepas membeli barang di sebuah pasar raya di Shah Alam, Selangor.

Warga emas tersebut berjalan seorang diri sambil menjinjing dua beg plastik bersaiz besar, dipercayai turut berbelanja di sebuah pasar raya dekat Seksyen 13.

Naluri seorang anak membuatkan hatinya tersentuh, sebelum bertindak memberhentikan kenderaan dan menegur warga emas berkenaan.Tumpangkan Lelaki Tua Terlepas Bas Balik Rumah, Lelaki Geram Lelaki Itu ‘Cuma” Beri RM20 Diselitkannya

 

” Saya tanya ‘pakcik nak kemana ni?’. Ye lah, cuaca begitu panas waktu tu. ‘Balik rumah dik’ balasnya separa terkejut. Mungkin dia tak sangka ada yang berhenti tanya.

” Subang Bestari? Haa!? Jauhnya sampai ke sini? Meh saya hantar balik,” ujar Izhar.

Semasa dalam perjalanan, Izhar mendengar kisah yang menyayat hati.

Rupa-rupanya warga emas itu masih mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di peringkat awal, iaitu hanya ketua keluarga saja dibenarkan keluar dan dia menjalankan tanggungjawabnya demi keluarga.

Pengakhiran cerita buat ramai geram..

” Pakcik tu sebenarnya terlepas bas. Jadi, dia nekad pulang jalan kaki. Dahsyat. Sampai saja di rumahnya, pakcik tu turun dengan cermat. Buka pintu kereta saya pun penuh sopan.

” Saya ada juga tawarkan bantuan untuk angkat barang tersebut tapi ditolak cara baik.

” Katanya pertolongan saya itu dah terlalu besar padanya,” ujarnya, yang kemudian menyedari terdapat dua helai kertas berwarna merah di celah pintu keretanya.Tumpangkan Lelaki Tua Terlepas Bas Balik Rumah, Lelaki Geram Lelaki Itu ‘Cuma” Beri RM20 Diselitkannya

 

Izhar memberitahu, dia memberhentikan kenderaan apabila mendapati terdapat wang kertas berjumlah RM20 yang ditinggalkan warga emas berkenaan.

” Saya terus patah balik dan keluar berlari ke arah pakcik tu. Serba terkejut dia melihat saya dari jauh terjerit dan berlari.

” Saya beritahu ‘pakcik… tak cukup ni pak cik. Kurang RM5,” katanya dengan nada tercungap, di akhir postingnya.

Pengakhiran kejadian tersebut menimbulkan tanda-tanya netizen sehingga dia dikecam kerana tidak ikhlas membantu menumpangkan warga emas tersebut pulang ke rumah.

Rupanya rekaan semata-mata..niat nak beri motivasi

Ketika dihubungi, Izhar atau nama sebenarnya Muhammad Izhar Ruslan tampil menjelaskan perkara sebenar susulan kontroversi yang tercetus akibat postingnya.

Menurutnya, kejadian yang diceritakan di laman sosialnya hanyalah rekaan semata-mata dengan niat untuk memberi motivasi.

” Sejak kebelakangan ini banyak kisah mengenai orang itu orang ini sanggup berjalan kaki kerana susah atau masalah yang dihadapi mereka.

” Saya sengaja membuat ending kisah tersebut tergantung kerana mahu melihat reaksi orang ramai mengenai perkara tersebut untuk berfikir secara rasional.’Tumpangkan Lelaki Tua Terlepas Bas Balik Rumah, Lelaki Geram Lelaki Itu ‘Cuma” Beri RM20 Diselitkannya

 

” Hanya kerana pengakhirannya begitu, menyebabkan keseluruhan cerita yang sarat dengan nilai-nilai murni dilupakan tetapi terus menghukum dengan begitu mudah.

” Kalau benar-benar berlaku, sudah tentu saya tetap berpatah balik dan pulangkan semula wang yang ditinggalkan pakcik itu,” katanya yang merupakan penulis buku sambilan sejak 2012.

Kredit: mStar

Facebook Comments Box

Leave a Reply