Ingatkan Dah Naik Atas Motor, Lelaki Bermotosikal Terus Gerak Tanpa Menyedari Bininya Tertinggal Sebelum Berpatah Balik

Ingatkan Dah Naik Atas Motor, Lelaki Bermotosikal Terus Gerak Tanpa Menyedari Bininya Tertinggal Sebelum Berpatah Balik. Setiap orang perlu memberi fokus yang secukupnya ketika memandu. Tidak kiralah sama ada yang menaiki kenderaan kereta, lori mahupun motorsikal, kesemuanya perlu diberikan perhatian ketika menggunakan jalan raya.arenagempak.com - Ingatkan Dah Naik Atas Motor, Lelaki Bermotosikal Terus Gerak Tanpa Menyedari Bininya Tertinggal Sebelum Berpatah Balik

Hal ini kerana, malang tidak berbau sekiranya anda leka ketika berada di atas jalan raya. Sedangkan yang berjalan kaki pun boleh ditimpa kemalangan jika tidak berhati-hati, apatah lagi yang menggunakan kenderaan.

Namun begitu, terdapat juga kes2 yang melucukan sekiranya anda hilang fokus ketika pemanduan dan ini adalah salah satunya!

Pada beberapa hari yang lalu, terdapat sebuah video rakaman cctv yang telah menjadi viral menerusi laman Twitter milik @IsskndarAriffin.

arenagempak.com - Ingatkan Dah Naik Atas Motor, Lelaki Bermotosikal Terus Gerak Tanpa Menyedari Bininya Tertinggal Sebelum Berpatah Balik

Dalam rakaman itu didapati terdapat sepasang suami isteri yang telah bersiap-siap untuk memulakan perjalanan mereka dengan menaiki motorsikal berwarna putih. Pada mulanya, si isteri telah pun menaiki kenderaan terbabit namun atas faktor-faktor tertentu dia turun semula daripada motorsikal itu.

arenagempak.com - Ingatkan Dah Naik Atas Motor, Lelaki Bermotosikal Terus Gerak Tanpa Menyedari Bininya Tertinggal Sebelum Berpatah Balik

Tanpa disangka-sangka, suaminya telah bergerak tanpa menyedari bahawa dirinya tiada di bahagian pembonceng. Melihat keadaan itu, dia dan tukang bersih yang turut terkejut dengan situasi tersebut segera memanggil suaminya dengan nada yang kuat.

Dalam beberapa saat kemudian, suaminya berpatah balik ke kawasan kejadian dan sebaik sahaja tiba, wanita berkenaan memukul manja suaminya itu kerana tertinggal akan dirinya.

arenagempak.com - Ingatkan Dah Naik Atas Motor, Lelaki Bermotosikal Terus Gerak Tanpa Menyedari Bininya Tertinggal Sebelum Berpatah Balik

Ternyata posting berkenaan telah mendapat perhatian warga netizen yang rata-ratanya terhibur dengan kejadian berikut.

VIDEO:

Facebook Comments Box

Leave a Reply