Ikan Aneh Disangka Makhluk Asing, Kepala Bercahaya Lutsinar Ditemui Di Kedalaman Laut Kira-kira 609 Meter

Tular baru-baru ini mengenai penemuan seekor ikan aneh yang kelihatan seakan ‘makhluk asing’ yang ditemui di kedalaman kira-kira 609.6 meter di Teluk Monterey, California, Amerika Syarikat.Ikan Aneh Disangka Makhluk Asing, Kepala Bercahaya Lutsinar Ditemui Di Kedalaman Laut Kira-kira 609 Meter

Berita mengenai penemuan ikan itu pantas menjadi tumpuan orang ramai kerana sifat ikan berkenaan yang memiliki kepala lut sinar hingga membolehkan kita nampak bahagian isi dalamannya dan ikan itu juga memiliki sepasang mata yang bercahaya.

Ikan aneh itu berjaya dikesan dan dirakam oleh Institut Penyelidikan Akuarium Teluk Monterey (MBARI) dengan menggunakan sebuah kenderaan kendalian jauh (ROV) di Teluk Monterey, California, Amerika Syarikat.

“Kenderaan kendalian jarak jauh MBARI Ventana dan Doc Ricketts telah mencatatkan lebih daripada 5,600 selaman dan berjaya merakam lebih daripada 27,600 jam video, namun kami hanya menemui ikan ini sembilan kali,” ujar pihak MBARI.Ikan Aneh Disangka Makhluk Asing, Kepala Bercahaya Lutsinar Ditemui Di Kedalaman Laut Kira-kira 609 Meter

Ikan itu mempunyai dua lekukan kecil di belakang mulut dan ianya sebenanrya merupakan spesis ikan laut dalam yang dikenali sebagai ikan barreleye.

Ikan barreleye biasanya mempunyai panjang lebih 15 sentimeter dan kedua-dua matanya berwarna hijau bercahaya dan memandang ke atas bagi membolehkan ia mengesan kuantiti maksimum cahaya dalam satu arah.Ikan Aneh Disangka Makhluk Asing, Kepala Bercahaya Lutsinar Ditemui Di Kedalaman Laut Kira-kira 609 Meter

Oleh kerana ikan barreleye ini mendiami persekitaran kedalaman laut yang tidak mendapat cahaya matahari, ikan ini mempunyai daya penglihatan yang sangat kuat kerana dipengaruhi oleh persekitarannya.

VIDEO:

Mata ikan barreleye dipercayai mungkin telah membangunkan satu bentuk penapis cahaya yang membolehkannya mengabaikan cahaya matahari dan juga membolehkan ia melihat bioluminesensi ikan kecil serta obor-obor yang merupakan salah satu makanan kesukaannya.

Kredit: Sinar HarianMBARI

Facebook Comments Box

Leave a Reply