Fenomena Ombak Berbentuk Petak Yang Menggerunkan, Mampu Menterbalikkan Sebuah Kapal

Mesti ramai antara kita yang suka melihat ombak dilaut yang terbentang luas di muka Bumi ini bukan? Tidak dinafikan pemandangan dan bunyi ombak membadai pantai memang agak mengasyikkan dan menarik.Fenomena Ombak Berbentuk Petak Yang Menggerunkan, Mampu Menterbalikkan Sebuah Kapal

Namun demikian, ombak juga boleh mendatangkan bahaya kepada kita terutama jika saiznya yang terlalu besar. Selain itu juga, ombak ada pelbagai jenis dan salah satunya adalah ombak yang berbentuk petak yang agak sukar untuk ditemui.

Ombak berbentuk petak ini diklasifikasikan sebagai berbahaya dan berisiko tinggi dan oleh itu anda dinasihatkan untuk mengelak daripada mandi di pantai ketika fenomena ini berlaku.

Bentuknya mungkin akan membuatkan anda menjadi teruja kerana ianya sangat unik dan cantik untuk disaksikan. Namun perlu diingatkan bahawa arus yang terdapat di bawah rupa ombak yang unik ini adalah sangat ganas.Fenomena Ombak Berbentuk Petak Yang Menggerunkan, Mampu Menterbalikkan Sebuah Kapal

Ianya dikatakan sangat bahaya kerana mampu untuk menterbalikkan kapal laut yang bersaiz besar.

Bagaimana ia mampu untuk menterbalikkan kapal besar? Seperti yang diketahui, kapal direka untuk menahan hentaman ombak daripada satu arah dan membelah ombak secara hadapan.Fenomena Ombak Berbentuk Petak Yang Menggerunkan, Mampu Menterbalikkan Sebuah Kapal

Namun begitu, jika ombak datang daripada arah berlainan dalam masa yang sama seperti yang terjadi dalam fenomena ombak berbentuk petak ini, kapal laut yang bersaiz besar bagaimana pun mampu terbalik akibat daripada ombak ini.

Ombak berbentuk petak ini dikenali sebagai “cross sea”. Fenomena ini terhasil apabila ombak tersebut bertemu dengan ombak yang datang daripada berlainan arah.Fenomena Ombak Berbentuk Petak Yang Menggerunkan, Mampu Menterbalikkan Sebuah Kapal

Secara lazimnya, ianya berlaku apabila angin yang meniup kencang dari satu arah bertembung dengan tiupan angin yang sama kencang dari arah yang bertentangan.

Fenomena ini kerap terjadi di salah sebuah kawasan yang terletak di perairan negara Perancis iaitu di kawasan Pulau Île de Ré.

VIDEO:

Fenomena ombak berbentuk petak atau segiempat ini mungkin jarang berlaku dan ditemui, namun jika ianya berlaku di tempat berhampiran anda, segera tinggalkan tempat tersebut dengan serta merta.

Sumber: Siakapkeli

Facebook Comments Box

Leave a Reply