Bingung Melihat Burung Terapung Di Udara Seakan Tidak Bernyawa, Sekali Bomba Jelaskan Puncanya

Orang ramai yang berada di berhampiran stesen Transit Aliran Massa (MRT) Damansara dikejutkan dengan seekor burung yang berada dalam keadaan yang aneh.Orang Ramai Bingung Melihat Burung Terapung Di Udara Seakan Tidak Bernyawa, Sekali Bomba Jelaskan Puncanya

Orang ramai menyedari burung itu dalam keadaan yang sangat aneh dan kelihatan tidak bergerak seolah-olah tidak bernyawa, tetapi masih terapung di udara.

Kejadian tersebut menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai burung tersebut hingga ada yang mengaitkannya dengan unsur mistik. Penguna media sosial tampil dengan pendapat masing-masing dan ada yang turut mengaitkannya dengan makhluk asing, teknologi 5G dan sebagainya.

Namun kejadian sebenarnya telah dibongkar apabila anggota Bomba Selangor mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian terbabit.Orang Ramai Bingung Melihat Burung Terapung Di Udara Seakan Tidak Bernyawa, Sekali Bomba Jelaskan Puncanya

“Kejadian berlaku pada 12 November lalu dan pihak bomba telah dimaklumkan tentang kejadian kira-kira pukul 6.28 petang sebelum sepasukan anggota juga pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara telah dikejarkan ke lokasi.

“Dalam kejadian tersebut, seekor burung helang telah tersangkut pada seutas tali tangsi layang-layang namun tidak lama kemudian haiwan berkenaan telah berjaya melepaskan diri dan terbang pergi,” kata kenyataan itu.

Orang Ramai Bingung Melihat Burung Terapung Di Udara Seakan Tidak Bernyawa, Sekali Bomba Jelaskan PuncanyaSatu video berdurasi 37 saat turut belegar-legar di media sosial yang memaparkan dua orang anggota bomba berdiri di atas jentera bomba dengan memegang sebatang kayu panjang cuba untuk menyelamatkan haiwan berkenaan sambil dikerumuni oleh orang ramai sehingga mengakibatkan kesesakan jalan raya.

VIDEO:

 

Facebook Comments Box

Leave a Reply