Nak Jadi Lebih Cantik, Malangnya Tersalah Pilih Pusat Rawatan Kecantikan

Sebut saja tentang rawatan kecantikan, kita sering dimomokkan dengan pusat rawatan kecantikan yang menawarkan harga yang kadang-kala tidak masuk akal murahnya! Akibat daripada terpengaruh, wanita Thailand, Kanyarat Chaichan, 20an terpaksa menanggung derita akibat malu dan kecewa.Nak Jadi Lebih Cantik, Malangnya Tersalah Pilih Pusat Rawatan Kecantikan

Rupa wajahnya yang pada mulanya kelihatan cantik akhirnya menjadi mimpi ngeri setiap wanita di dunia kerana hasil tatu kening yang dilakukannya di pusat rawatan kecantikan tidak bertauliah mirip sekali bentuk lintah. Pastinya, ini bukanlah bentuk kening yang Kanyarat mahukan!

Lihat sahaja rupa wajah Kanyarat sebelum dia melakukan tatu kening yang diharapkan bakal membuat dia kelihatan lebih cantik dan sempurna…Nak Jadi Lebih Cantik, Malangnya Tersalah Pilih Pusat Rawatan Kecantikan

Malangnya, apa yang diharapkan tidak kesampaian. Malah boleh dikatakan dia mengalami kerugian!

Kasihan, kening tatunya kelihatan jauh lebih tebal berbanding bentuk kening asalnya…Nak Jadi Lebih Cantik, Malangnya Tersalah Pilih Pusat Rawatan Kecantikan

 

Macam Shin Chan pun ada..Nak Jadi Lebih Cantik, Malangnya Tersalah Pilih Pusat Rawatan Kecantikan

 

Namun, tanpa disangka-sangka, kisah malang Kanyarat yang tular ini telah mendapat perhatian seorang pakar terapi kecantikan dan pelukis tatu, Vilailak Nan Sundatom.

 

Lebih menggembirakan, Vilailak sudi membetulkan semula tatu kening Kanyarat dengan rawatan yang bernilai 50,000 baht (lebih kurang RM6,194.00) dengan percuma!

Nak Jadi Lebih Cantik, Malangnya Tersalah Pilih Pusat Rawatan Kecantikan

Ternyata memang masih ada insian yang mulia wujud di dunia ini!

Kanyarat perlu menunggu selama lebih kurang enam bulan selepas menerima rawatan pembetulan tatu keningnya…Nak Jadi Lebih Cantik, Malangnya Tersalah Pilih Pusat Rawatan Kecantikan

Kanyarat pastinya sudah tidak sabar lagi untuk mendapatkan bentuk keningnya yang asal seperti ini…Nak Jadi Lebih Cantik, Malangnya Tersalah Pilih Pusat Rawatan Kecantikan

Kanyarat boleh dikira bertuah kerana menjumpai insan yang pemurah seperti Vilailak. Proses yang digunakan untuk membetulkan semula tatu kening Kanyarat melibatkan microblading dan juga penggunaan laser untuk membuang tatu.

Vilailak turut sempat menasihatkan orang ramai agar sentiasa berfikir panjang dalam membuat keputusan untuk membuat tatu di tubuh badan mereka.

Hal ini adalah kerana tatu merupakan suatu tanda yang kekal dan jika mahu membuangnya buka satu proses yang mudah. Dan berhati-hati la pilih pusat kecantikan yang anda mahu pergi.

Facebook Comments Box

Leave a Reply