Bibir Membengkak Terus Lepas Kena Sengat Tebuan

Pelakon, Harris Annuar terpaksa dirawat di pusat perubatan di Ipoh, Perak selepas bibirnya bengkak teruk akibat disengat lebah, pagi hari ini.Bibir Membengkak Terus Lepas Kena Sengat Tebuan

Harris berkata, dalam kejadian jam 6 pagi itu, dia baru selesai mandi dan tidak menyedari lebah itu hinggap di tualanya.

“Selesai saja mandi, saya terus capai tuala untuk lap muka. Malangnya, saya tak perasan yang tuala saya itu ada seekor lebah dan terus menyengat bibir saya.

“Ketika itu, saya tak tahu nak buat apa sebab kejadian berlaku terlalu pantas. Kemudian bibir saya terus membengkak,” katanya.Bibir Membengkak Terus Lepas Kena Sengat Tebuan

Harris berkata, dia terus mendapatkan rawatan di hospital berhampiran dan mujur dia datang awal kerana sengatan lebah amat berbahaya.

Menurut Harris, doktor memaklumkan tekanan darahnya rendah menyebabkan dia terpaksa ditahan bagi memantau keadaan kesihatannya.Bibir Membengkak Terus Lepas Kena Sengat Tebuan

“Doktor terpaksa menahan saya di wad sebab nak pantau keadaan jantung saya. Saya juga menerima dua suntikan di lengan dan punggung.

“Doktor beritahu bengkak yang dialami disebabkan ‘anaphylactic shock’ akibat gigitan serangga itu,” katanya.Bibir Membengkak Terus Lepas Kena Sengat Tebuan

Dalam pada itu, Harris berkata, dia berada di Ipoh sejak semalam untuk mengagihkan bantuan keperluan asas kepada golongan yang memerlukan di sekitar bandar raya itu.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box

Leave a Reply