Tetamu Hairan Melihat Pengantin Wanita Sukar Berjalan, Rupanya Memakai Kalung Emas Seberat 60kg Di Lehernya

Satu majlis perkahwinan menjadi viral apabila pengantin perempuan dalam majlis itu memakai kalung emas seberat 60kg di lehernya.Tetamu Hairan Melihat Pengantin Wanita Sukar Berjalan, Rupanya Memakai Kalung Emas Seberat 60kg Di Lehernya - arenagempak.com

Biasanya emas digunakan sebagai hiasan dan adakalanya menjadi simbol kemewahan dan pengukur kekayaaan seseorang. Namun berbeza pula dengan pengantin perempuan ini dalam majlis kahwin yang berlangsung di Hubei, China baru-baru ini iaitu pada tarikh 30 September 2021.

Pada mulanya, para tetamu berasa hairan melihat pengantin wanita yang dilihat sukar berjalan. Rupa-rupanya wanita itu memakai 60 kalung emas di lehernya yang seberat 1kg setiap satu!

Rata-rata tetamu yang datang ke majlis itu langsung tidak berasa cemburu melihat emas yang dipakainya, sebaliknya mereka berasa kasihan terhadapnya.Tetamu Hairan Melihat Pengantin Wanita Sukar Berjalan, Rupanya Memakai Kalung Emas Seberat 60kg Di Lehernya - arenagempak.com

 

Ini kerana pengantin perempuan ini terpaksa memikul beban seberat 60kg sepanjang majlis dan tidak dapat bergerak atau berjalan dengan bebas. Juga kelihatan dua gelang emas dipakaikan di kedua-dua lengannya.

Difahamkan, kalung emas itu merupakan mahar keluarga pengantin wanita dan hadiah pernikahan dari keluarga pengantin lelaki.

Tetamu Hairan Melihat Pengantin Wanita Sukar Berjalan, Rupanya Memakai Kalung Emas Seberat 60kg Di Lehernya - arenagempak.com

Seorang tetamu sempat bertanya kepada pengantin wanita sama ada bahunya lenguh atau sakit, namun pengantin wanita tersenyum lembut kepadanya dan menjawab bahawa dia baik-baik saja dan dapat meneruskan pernikahannya.

Antara kepercayaan dikalangan penduduk tempatan di sana, emas adalah simbol status, kekayaan, tuah pengantin wanita memakai banyak emas untuk mengusir roh jahat dan nasib buruk.

Sumber: Tribunnews

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *