Seorang wanita berusia 59 tahun selamat berkahwin dengan jejaka pilihannya yang berusia 22 tahun. Menurut Norlida Mohamed Salleh, cinta suaminya Muhammad Sabree Razaman kepadanya adalah luar biasa.
Ibu enam anak yang juga mempunyai 6 cucu itu tidak menyangka perjumpaan kali pertama dengan suami dengan hanya sebagai pelanggan di gerai tempat bekerja kini bertukar menjadi peneman hidup.
Perkahwinannya engan jejaka yang muda 37 tahun darpadanya itu adalah perkahwinan ketiganya dan dia menganggap Muhammad Sabree antara suami yang terbaik.
“Tak semestinya gagal dalam rumah tangga yang lepas buat kita putus asa kerana kebahagiaan perlu dicari.
“Jika bercakap soal suami dan peneman hidup ini… saya ada pun okay, tiada pun tidak menjadi masalah kerana sudah lanjut usia.
“Tetapi disebabkan dia (suaminya) yang bersungguh-sungguh ingin melangsungkan perkahwinan, jadi saya terima,” katanya.
Menurutnya, peribadi Muhammad Sabree yang sentiasa mengutamakan keluarga menjadi faktor utama dia memilihnya.
Antara faktor utama dia memilih suamiya itu adalah kerana sifat dan peribadi suaminya yang sentiasa mengutamakan keluarga. Menurut Norlida lagi, perkahwinan kali ini adalh paling bahagia kerana semua ahli keluarga terima dengan hati terbuka dan memang sudah rapat dengannya dari mula lagi.
“Sejak kenal dulu pun dia tidak pernah meminta malah sekarang suruh jaga kad ATM miliknya untuk kegunaan barangan keperluan kami,” ujarnya yang kini suri rumah sepenuh masa.
Suaminya, Muhammad Sabree meluahkan rasa bersyukur kerana perkenalan selama dua tahun bersama isterinya itu akhirnya membawa ke jinjang pelamin selepas pelbagai rintangan dilalui pada 17 September lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Jelebu, Negeri Sembilan.
“Alhamdulillah, saya amat berterima kasih kepada semua yang mendoakan kami dan kepada keluarga isteri yang sentiasa menyokong dari awal hingga ke penghujung.
Muhammad Sabree yang bekerja sebagai petugas pembersihan SWM Environment Sdn Bhd berharap perkahwinannya sentiasa bahagia dan diberikan kesihatan yang panjang.
Anak ketiga Norlida yang dikenali sebagai Ecah, 34, turut bergembira dengan perkahwinan mamanya.
“Saya gembira mama ada peneman, saya lihat mereka sangat bahagia, solat dan makan semua bersama.
“Kami semua terima tanpa rasa kekok sebab bapa muda ini jenis ‘sporting’ dengan anak-anak dan cucu,” ujarnya.
VIDEO:
“Umur bukan penghalang jika Allah dah takdirkan itu bahagian kita. Moga mama dan Abie bahagia selalu. Moga kekal hingga jannah.” –
Kredit: Harian Metro