Kereta Perodua Myvi merupakan kereta yang paling laris dan paling banyak didapati di jalan raya di Malaysia. Hal ini kerana rupanya yang menarik, harganya yang mampu milik dan juga senang jika mahu buat ‘maintenance’ kerana spare part senang didapati dimana-mana.
Di negara kita juga, kereta Myvi sering dikaitkan dengan kejadian-kejadian pelik yang berlaku di jalan raya. Baru-baru ini juga, tular satu video aneh memaparkan satu kereta Perodua Myvi yang tersangkut di tebing.
Pengguna-pengguna jalan raya di bersebelahan kem askar Jalan Genting Klang tergaman melihat kereta Myvi putih itu yang tersangkut pada tebing bukit yang berada di tepi jalan. Apa yang membingungkan mereka adalah macam mana Myvi itu boleh berada di tempat berkenaan seolah-olah ianya terbang kesitu.
‘Hebat’ betul kereta ni boleh naik sampai kat situ.
Menurut seorang saksi, kereta Myvi putih itu pada mulanya hilang kawalan sebelum ianya terbabas ke tepi dan naik ke atas. Dia dan beberapa orang lain telah membantu mengeluarkan mangsa daripada kereta Myvi tersebut dengan selamat.Mereka membantunya keluar dengan berhati-hati dan memegang kereta takut-takut ianya jatuh.
VIDEO:
Kejadian itu turut disaksikan oleh ramai lagi pengguna jalan raya yang lalu di kawasan tersebut yang pastinya turut berasa hairan dan tertanya-tanya macam mana ianya boleh berlaku sehingga kereta Myvi itu pandai tersangkut di atas tebing.
Antara komen-komen netizen:
Di ruangan komen, rata-rata netizen juga bingung macam mana Myvi putih itu boleh berada di atas tebing berkenaan. Ada yang menggelar kereta Myvi itu sebagai ‘KING’ yang sememangnya tidak pernah ‘mengecewakan’ dan ada juga yang berpendapat kereta tersebut melawan hukum alam untuk berada di situ.