Beli Kontena RM320, Lelaki Dapat Durian Runtuh Apabila Dalamnya Tersimpan Benda Bernilai Lebih RM3 Juta

Seorang ahli perniagaan kecil-kecilan di Britain tidak menyangka tindakannya membeli satu kontena yang tidak diketahui muatannya berharga AS$100 (RM320) lebih 20 tahun lalu, bakal mengubah nasibnya menjadi jutawan.arenagempak.com - Beli Kontena RM320, Lelaki Dapat Durian Runtuh Apabila Dalamnya Tersimpan Benda Bernilai Lebih RM3 Juta

Lelaki yang enggan dikenali itu telah membeli satu kontena misteri di Long Island pada 1989 tanpa menyedari ia sebenarnya berisi kereta yang dianggap sebagai satu daripada kenderaan legenda dalam dunia perfileman iaitu kereta kapal selam Lotus Esprit.

Kenderaan itu pernah digunakan dalam filem James Bond, The Spy Who Loved Me pada 1977 dan kini dianggarkan bernilai AS$1 juta (RM3.2 juta).

arenagempak.com - Beli Kontena RM320, Lelaki Dapat Durian Runtuh Apabila Dalamnya Tersimpan Benda Bernilai Lebih RM3 Juta

Lelaki itu percaya, kereta terbabit ditinggalkan oleh syarikat produksi filem yang menyewa kontena tersebut untuk tempoh 10 tahun, tetapi terlupa mengambilnya sehingga menyebabkannya dilelong.

arenagempak.com - Beli Kontena RM320, Lelaki Dapat Durian Runtuh Apabila Dalamnya Tersimpan Benda Bernilai Lebih RM3 Juta

Pada awalnya, dia menyangka kereta itu tidak berharga kerana tidak mempunyai tayar dan kemik di bahagian bumbung.

Walaubagaimanapun ketika dalam perjalanan pulang membawa kereta itu dibelakang traknya, seorang pemandu lain memberitahunya tentang nilai sebenar kereta itu.

Alangkah bertuahnya lelaki ini.

Facebook Comments Box

Leave a Reply