“Ayah Dia Sendiri Post” – Rakan Sahkan Elizabeth Tan Sudah Berkahwin Dengan Jejaka Pilihan

Selepas kejutan perkahwinan pelakon Hannah Delisha, warganet ‘digemparkan’ lagi mengenai penyanyi Elizabeth Tan yang didakwa sudah selamat berkahwin.arenagempak.com - “Ayah Dia Sendiri Post” - Rakan Sahkan Elizabeth Tan Sudah Berkahwin Dengan Jejaka Pilihan

Seorang pengguna laman Twitter @chrissytwittwit berkongsi sekeping tangkap layar daripada sebuah posting Facebook dipercayai milik bapa penyanyi tersebut, David Tan Suan Chew semalam.

Elizabeth dah kahwin ke? Bapa dia sendiri post!

Menerusi posting Facebook tersebut, dilihat Elizabeth atau mesra disapa Lizzy dalam persalinan serba putih berhadapan dengan seorang lelaki dikenali sebagai Siew Jim sambil berpegangan tangan.

arenagempak.com - “Ayah Dia Sendiri Post” - Rakan Sahkan Elizabeth Tan Sudah Berkahwin Dengan Jejaka Pilihan

Lebih menguatkan dakwaan apabila seorang pengguna Instagram, @_esthygram_ dipercayai rakannya turut memuat naik beberapa posting memaparkan penyanyi berusia 28 tahun itu telah selamat bergelar isteri.

arenagempak.com - “Ayah Dia Sendiri Post” - Rakan Sahkan Elizabeth Tan Sudah Berkahwin Dengan Jejaka Pilihan

Terdahulu, Lizzy mengenakan gaun perkahwinan yang dikongsi dalam laman Instagram miliknya bulan lalu, namun ia sekadar gimik semata-mata bagi tujuan mempromosikan single baharu.

Tak sangka pula ia benar-benar terjadi. Selamat pengantin baru Lizzy! Ramai la peminat yang patah hati.

Sumber: Twitter @chrissytwittwit , Instagram Esther Ann

Facebook Comments Box

Leave a Reply