Tedung Selar Panjang 4.5 Meter Muncul Ketika Tengok TV, Wanita Lebam Ketika Mahu Larikan Diri

Seorang wanita dikejutkan dengan seekor ular tedung selar sepanjang 4.5 meter dan seberat 10kg yang menceroboh masuk ke rumahnya. Menurut wanita yang dikenali sebagai Nurul Ika Akhma Osman, 28, dari Kampung Alor Belanga, kejadian tersebut berlaku dalam jam 4.30 petang ketika dia berada di ruang tamu rumah dan menonton TV.Tedung Selar Panjang 4.5 Meter Muncul Ketika Tengok TV, Wanita Lebam Ketika Mahu Larikan Diri

Namun, kemudiannya dia tiba-tiba terdengar bunyi desiran pelik yang bising. Pada mulanya dia tidak pedulikan bunyi desiran tersebut dan terus menonton TV, namun tiba-tiba sahaja kepala ular muncul disebalik langsir bilik abangnya yang berjarak lebih kurang 5 meter darinya.

Terkejut dengan kehadiran ular itu, wanita yang juga merupakan seorang jurujual kedai makanan sejuk beku ini terus menjerit memanggil ibunya. Ketika itu hanya dia, adik dan ibunya sahaja yang berada dalam rumah.

 

Wanita ini kemudian mahu melarikan diri namun terlanggar dinding dan terjatuh dua kali sehingga menyebabkannya lebam di lutut dan sikunya.Tedung Selar Panjang 4.5 Meter Muncul Ketika Tengok TV, Wanita Lebam Ketika Mahu Larikan Diri

Wanita ini bagaimanapun kembali semula ke ruang tamu untuk menonton televisyen selepas mendapati ular itu sudah tiada lagi.

Namun begitu, ketika nak memasak, wanita ini terkejut lagi apabila menyedari ular tedung selar itu masih berada dalam rumah berada di ruang antara dapur dan ruang tamu ketika ingin memasak makan malam.

Wanita ini dan keluarga segera membuat panggilan kecemasan dan sepasukan anggota APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) Besut kemudiannya datang untuk memberikan bantuan.Tedung Selar Panjang 4.5 Meter Muncul Ketika Tengok TV, Wanita Lebam Ketika Mahu Larikan Diri

Menurutnya lagi, ketika kali pertama nampak ular itu, dia ingatkan mungkin bayangan sahaja meskipun dia sempat selamatkan 13 kucing rumah mereka ke dalam sangkar.

VIDEO:

Pihak APM Besut tiba ke rumah mereka pada jam 6.38 petang dan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk menangkap ular tedung selar berkenaan yang kemudian dibawa ke pejabat APM Besut untuk tindakan lanjut.

Kredit: Sinar Harian

Facebook Comments Box

Leave a Reply