Sudah Buat Upacara Pengebumian, Keluarga Terkejut Kucing Peliharaan Pulang Ke Rumah Semula

Sesiapa sahaja yang pernah kehilangan haiwan peliharaan seperti kucing akibat sakit, kemalangan ataupun kematian mesti tahu betapa sedihnya perasaan kehilangan. Apatah lagi jika haiwan itu merupakan haiwan yang sangat rapat dengan keluarga kita dan sudah dianggap sebagai ahli keluarga.
 Sudah Buat Upacara Pengebumian, Keluarga Terkejut Kucing Peliharaan Pulang Ke Rumah Semula

Seperti yang dilalui oleh sebuah keluarga di Belfast ini yang terpaksa menerima kenyataan setelah kucing kesayangan mereka ditemui mati di atas jalan raya.

Menurut Mirror.co, kucing yang berusia 14 tahun itu pada awalnya dilaporkan hilang sebelum ia ‘ditemui’ di jalan raya berdekatan rumah mereka keesokan harinya.

Freddy dan Sinead O’Cleirigh mengatakan mereka sedih dan terkejut ketika menemui kucing yang bernama Simba itu terbaring kaku.

“Simba tidak pulang ke rumah dan suami saya yang bangun lebih awal untuk pergi ke gimnasium telah melihat seekor kucing mati dilanggar sebuah kereta, saya dan anak-anak menangis melihat keadaannya yang menyayat hati,” kata Sinead. Sudah Buat Upacara Pengebumian, Keluarga Terkejut Kucing Peliharaan Pulang Ke Rumah Semula

Pasangan itu telah membawa kucing tersebut ke doktor haiwan dan mengadakan upacara pengebumian dengan membakar sebagai penghormatan terakhir kepada kucing itu.

Pun begitu, setelah beberapa jam kemudian, mereka terkejut apabila mendapat Simba muncul di depan pintu rumah.

“Semua orang menjerit dan mengatakan Simba telah kembali dari ‘kematian’ dan kami semua sangat gembira,” katanya.

Rupa-rupanya, kucing yang mati itu merupakan kucing lain yang mempunyai warna yang sama dengan Simba. Sudah Buat Upacara Pengebumian, Keluarga Terkejut Kucing Peliharaan Pulang Ke Rumah Semula

Rakaman CCTV di rumah mereka telah merakam detik-detik menyentuh emosi ketika Simba pulang semula.

Keluarga tersebut juga telah menggunakan media sosial untuk mengesan pemilik kucing yang telah mati itu dan mengembalikan abu kepada mereka.

Sumber: Mirror

Facebook Comments Box

Leave a Reply