Raja Ular Kelantan Ini Tidak Serik Meskipun Pernah Dipatuk Ular Berbisa Lebih 3000 Kali

Sudah pernah kena patukan ular berbisa lebih 3000 kali, tetapi lelaki yang dikenali sebagai Mohd Hamdan Mahadi atau digelar Raja Ular Kelantan ini masih tidak pernah serik dan terus aktif dalam pertunjukan ular berbisa.Raja Ular Kelantan Ini Tidak Serik Meskipun Pernah Dipatuk Ular Berbisa Lebih 3000 Kali

Mohd Hamdan Mahadi memberitahu bahawa dirinya sentiasa pentingkan aspek keselamatan bagi mengelakkan perkara tidak diingini ketika dia menangkap ular.

Menurut Mohd Hamdan Mahadi yang juga memberikan khidmat sebagai penangkap ular secara sukarela, jika terlewat mendapatkan rawatan, sekali patukan ular berbisa boleh membunuh mangsa dan ular ini juga boleh menyerang tanpa diduga.Raja Ular Kelantan Ini Tidak Serik Meskipun Pernah Dipatuk Ular Berbisa Lebih 3000 Kali

“Namun sepanjang lebih 25 tahun berkhidmat sebagai penangkap ular selain kerap berhadapan dengan pelbagai spesies ular berbisa, hanya beberapa kali sahaja saya ditahan dalam wad bagi membuang bisa patukan ular.

Selain itu Raja Ular Kelantan ini juga tidak memiliki ilmu formal atau mengambil kursus penangkap ular, sebaliknya kemahiran dan kepakarannya dalam menangani dan menangkap haiwan ini datang dengan sendiri.

Dia mula menunjukkan minat menangkap ular ketika berusia 9 tahun dan pernah menangkap ular berbisa yang memasuki rumah penduduk beberapa kali.Raja Ular Kelantan Ini Tidak Serik Meskipun Pernah Dipatuk Ular Berbisa Lebih 3000 Kali

“Saya menggunakan kemahiran dimiliki bukan untuk pertunjukan, tetapi khusus bagi menjalankan tugas dan kebolehan itu perlu digunakan sebaik mungkin demi membantu masyarakat,” ujarnya.

 

Bukan sahaja di Kelantan, malah Mohd Hamdan juga turut memberikan khidmatnya menangkap ular secara sukarela di negeri lain seperti di Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor.Raja Ular Kelantan Ini Tidak Serik Meskipun Pernah Dipatuk Ular Berbisa Lebih 3000 Kali

Kepakaran Mohd Hamdan juga diketahui oleh orang luar sehingga pernah mendapat undangan mengadakan pertunjukan di beberapa negara seperti India, Thailand, dan Singapore.

VIDEO:

Sehingga kini, sudah lebih 5,000 ekor ular yang pernah ditangkap Raja Ular Kelantan ini dan pada tahun ini juga dia pernah menangkap ular berbisa paling besar dan bahaya iaitu ular tedung selar sepanjang lebih 5 meter.

Kredit: Harian Metro

Facebook Comments Box

Leave a Reply